Subscribe:

7 Golongan Dilindungi Allah

Hadis sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah ra., dari Nabi S.A.W, baginda bersabda : Tujuh golongan dilindungi Allah SWT di bawah lindungan-Nya pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya :

  1. Imam (pemimpin) yang adil.
  2. Pemuda yang hidup dalam beribadat kepada Allah.
  3. Orang yang mengingati Allah ketika bersendirian lalu menitis air matanya.
  4. Orang yang hatinya tergantung pada masjid.
  5. Dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah semata-mata.
  6. Lelaki yang digoda perempuan oleh berdarjat cantik, tetapi dia mengatakan " Aku takutkan Allah ".
  7. Orang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa ayng dibuat oleh tangan kanannya.

Konfius dan Ragu-ragu

      Cuti semester selama tiga minggu membuatkan sy berasa bosan..bosan..bosan dan boring. Movie memang banyak kat dalam external tu tapi macam tak ada mood lagi nak layan. Hari-hari kemas rumah,tolong mak masak dan melayan si kembar. Otak memang tak bergerak kalau duduk kat rumah ni, boleh jadi beku.

      Akibat bosan sy cuba merancang masa depan sepanjang berada di UIA tercinta dari segi akademik dan kewangan.

Plan 1

  • Single major FIQH, tak buat minor.
  • Setiap semester ambil 15ch atau 16 ch sahaja tanpa short sem, graduate semester II 2014/2015.
  • Start simpan duit dari sem 4-8 kuliyyah (2K setiap sem). Sem 1-3 tak bole menyimpan sebab kena bayar hutang PTPTN.
Plan 2

  • Single Major FIQH dan minor dari kuliyyah AIKOL/KENMS/KICT/EDU.
  • Setiap semester ambil 15ch atau 16 ch disertai dengan short sem (6ch) , graduate semester II 2014/2015.
  • Start simpan duit dari sem 4-8 kuliyyah (2K setiap sem). Sem 1-3 tak bole menyimpan sebab kena bayar hutang PTPTN.
  • Tapi plan yang ni kena pandai-pandai bahagi duit untuk short sem.
 
     Berdasarkan kedua-dua plan di atas, sy HANYA boleh graduate semester II 2014/2015 kerana terikat dengan perjanjian biasiswa JPA. Ikutkan boleh je nk graduate awal tapi kena bayar balik duit biasiswa tu..Mana nak cari duit banyak-banyak?? So, nak tak nak ikut je la perjanjian JPA. Hutang pun tak ada. Tapi kena SABAR.

    Yang membuatkan sy konfius dan ragu-ragu..perlu ke sy ambil minor? Kalau ambil minor course apa plak? Kalau ikut hati nak ambil minor LAW/AIKOL. Kalau boleh biarlah cerah sikit masa depan sy ni, maklum la anak sulong. Tapi ada pepatah menyebut ikut hati mati, ikut rasa binasa..Apa yang perlu sy buat sekarang ni???


Konklusi


         Sem 1 2011/2012 - 1st sem kuliyyah dah tamat, sekarang ni tinggal nak tunggu result final exam je. Nervous pun ada tunggu result keluar 31st Jan. Setelah berhempas pulas sem ni tinggal tawakkal  kepada Allah shj. Nak tak nak kena redha dengan result sama ada baik atau sebaliknya. Kalau teruk pun boleh consider sebagai 1st sem kuliyyah yang agak mencabar kn3?. Ni baru 1st sem kuliyyah belum lagi yang akan datang..hm..Hidayah...jgn merungut!!! hehe

          Hopefully result sem ni baik-baik je, tak nak repeat !!! lulus pun dh ok. Overall sem ni memang seronok sangat dengan kawan-kawan,senior,lecturer2, nak cerita semua memang tak muat la blog ni..haha..

          Konklusi untuk sem ni, dalam keseronokan ada beberapa perkara yang buat sy menyesal dan harap sangat perkara tu tidak akan berulang lagi. Nasihat untuk diri sendiri :

  1.  Jangan studi last minute.
  2. Assignment and present kena buat betul-betul dan bersungguh-sungguh.
  3. Tak boleh berangan banyak-banyak, nanti kaki terseliuh lg..haha
  4. Suka bagi semangat kt org..tp kadang-kadang diri sendiri pn semangat turun naik..haha
  5. Kena rajin excercise- badan sihat minda cerdas.
  6. Hardworking !!

    " Work hard in your STUDIES, JOB, and LIFE. And have a beautiful and romantic LOVE STORY...
    -Love story in Harvard-

So in Love

Spring, summer, fall & winter dreams
Those are shinning like a star
They keep whispering,
I'm so in love with you

Spring, summer, fall & winter love

It is breezing to my heart
and it keeps telling
I'll make you rainbow smile

I remember when we were angels

when we dreamed about us
All my days were happy
just like a snowy christmas
I wish i'd have them always
Every step i make writes a story
It is full of the heart
feeling love of my life
and missing friends of my time
I Wish i'd have them all

In Spring, summer, fall & winter days

we've been sharing all the hearts
love shines in my eyes
love just won't fade away

I remember when we were angels

when we dreamed about us
All my days were happy
just like a snowy christmas
I wish i'd have them always
Every step i make writes a story
It is full of the heart
feeling love of my life
and missing friends of my time
I Wish i'd have them all

If you'd all the way show me the world

where I will stay in love
All my days will be white
just like a snowy christmas
You're just all I need

Kerikil Dan Sutera

          Halanglah lintasan hati untuk menipu, kerana jika terlaksana lintasan itu ia akan bertukar menjadi halilintar yang menyambar hati orang lain! Halilintar yang menyambar membakar hati yang ditipu.Wajah menjadi muram, gerak badan menjadi lemah akibat disambar halilintar itu. Segalanya menjadi suram. Kegelapan menyelebungi hati, zulmat membungkam jiwa.

          Jika terkena pada hati yang ibarat batu kerikil masih dapat dipertimbangkan, namun bagaimana jika terkena pada hati selembut sutera. Sutera tidak boleh dibasuh sesuka hati kerana ia sensitif. Sutera itu mahal harganya kerana cara penjagaannya perlu rapi. Perlu kepekaan tanpa kelalaian.

         Batu kerikil keras teramat. Jika ditumbuk tidak dapat tidak akan merasa kepedihannya. Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan perwatakan yang belum dikenali, kerana kita masih belum tahu apa didalamnya.
KERIKIL ATAU SUTERA?

           Bertenanglah wahai pemilik sutera! Kerana orang yang bicara denganmu itu tidak tahu bagaimana keadaan hati kamu. Bertindaklah bersama Allah S.W.T. Bawalah Allah S.W.T ke dalam hati kamu. Jika Dia dapat mengampunkan dosa hambanya, siapalah kita sehinnga terlalu ego tidak mahu memaafkan orang yang menyakitkan kita?

           Jika kita ikhlas memberi mengapa kita takut untuk menerima. Terimalah apa sahaja yang diberi kembali kerana itulah yang selayaknya untuk kita. Kaji semula hati kita, semasa kita memberi adakah dalam hati kita ada 'tarik tali'. Adakah wujud dalam hati kita rasa ragu-ragu terhadap takdir dan ketentuan Allah S.W.T?

          Jika ada rasa sebegitu, ubahlah! Mungkin hati kita perlu ditarbiyyah. Noda hitam yang bertompok masih lagi berbekas. Bersihkanlah dengan zikir dan fikir. Zikirlah dari dalam bukan sekadar bicara bibir. Fikir dan lakukanlah, bukan sekadar fikir dan jadikan pekasam.

    "Jadilah seperti pohon yang berbuah, dibaling kayu dibalas dengan buah yang dapat dimakan enak."

           Beruntunglah wahai si kerikil. Engkau kebal akan tohmahan dan tumbukan yang diterima. Namun ingatkah engkau akan air yang menitis di atas batu akan meninggalkan bekas?
Engkau masih ada perasaan, engkau masih ada jiwa. Jika terlalu lama engkau menerima tumbukan, ia akan berbekas! Sirnakanlah bekas itu dengan redha. Allah S.W.T telah menetapkan itu terbaik buat kamu. Indahkanlah diri kamu dengan sabar kerana sabar itu indah.

           Jika sabar menghiasi diri, keindahan diwajah anda akan terserlah. Allah S.W.T bersama kamu wahai penyabar. Namun, ingatlah! Jangan sampai sabar itu memakan diri kamu apabila kamu bersabar dengan kemungkaran.

           Seorang suami akan dianggap dayus dan pengecut jika dia melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain tanpa perasaan. Sabar memerlukan tindakan. Bertindaklah mengikut keadaan. Tindakan mestilah rasional dan bersesuian. Jika emosi menjadi raja, sabar tidak bermakna.

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Kesabaran merupakan dhiya' (cahaya yang amat terang)." (HR Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Sabarlah dalam bersabar nescaya tidak akan timbul persoalan "sampai bila aku perlu bertahan?".
Mujahadah dalam bersabar. Bukan mudah tetapi tidak mustahil.

Sumber : iluvislam.com