Subscribe:

Berjalan Tanpa Henti

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia......



Bila hayati lirik lagu ni, mmg mberi kesan kt dalam jiwa ni..Walaupun kumpulan Devotees kat Uiam, mmg tak pernah nampak la muka diorang ni kecuali masa konsert,maklum la kuliyah lain2..haha..Btw dalam carta nasyid ikim lagu ni mendapat saingan yang hebat dgn lagu "Dengan KuasaMu-Nur One"..so..sbb tu la blog sy ni letak lagu Dengan KuasaMu..nanti kalau dah bosan tukar Berjalan Tanpa Henti plak..^_^
 

Menarik !!

Tidak payah bersentuhan tangan,
Kerana mereka sudah bersentuhan hati,
Tak payah berbalas kerlingan mata,
Kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa...



"Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-segalanya. MENCINTAI SESEORANG HANYA KERANA ALLAH dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka."
(Bukhari, Kitab: Iman 1/77, No.16. Muslim, Kitab: Iman 1/66, No. 43)




Sy copy entry ni dr Cik Merah Jambu ..menarik utk dibaca thnks Cik Pink...

Untuk Muhd Faris

Dikesempatan ini Kak Long nk ucapkan " selamat berkhatan " !!!  Jgn nervous2 tau dik..harap mata je besar..jiwa pun kena kental mcm askar...hahaha...Kak Long tak boleh balik minggu ni sebab ade bnyk kerja..mesti bosan kan tak ada Kak Long kt rmh...bosan sebab tak ada teman nak gaduh, dengar Kak Long membebel...hehehehehe

Jgn lupa jaga pantang makan minum lps dh sunat nt..orang laki ni bila dah sunat dia dh jadi orang besar..dah tak boleh NAKAL dan MANJA sangat..so...semoga menjadi anak  yg soleh cemerlang, gemilang , terbilang !!! 

Merah menyala baju ko nih..sakit mata..haha