Subscribe:

ANTARA RASUAH DAN NAZAR


Tajuk    : Antara rasuah dan nazar 
Penulis : Mohamad Afham bin Jumat ( 1 APRIL 1990 - 11 JANUARI 2013 )




Antara kita dan pencipta kita,ada doa dan harapan ditengahnya. Dalam mendapatkan sesuatu,kita selalu terlepas pandang bahawa rasuah dan nazar hampir ada persamaan.

Sebagai contoh NAZAR:
a) Kalau aku pass exam tu, nak puasa seminggu.
b) Dengan berpuasa sunat hari ni, aku harap dapat menang tender projek tersebut.
c) Kalau sukses projek tu nanti, aku nak berubah menjadi lebih warak.
Dan contoh RASUAH:
a) kalau kau nak tender ni, kau kena bayar sikit tok aku
b) “bang,bole la bagi keja ni kat saya,nanti saya belanja abang”
c) “mana lesen kau nih ha? Nak kena saman? Kalau taknak kena saman, kau hulur la sikit bape ringgit pun”

Persoalan baru muncul dikalangan masyarakat melayu dalam meng”istilahkan” erti rasuah dan nazar.sebagai contoh:

                “Kalau aku berjaya sem ni dapat 3.4 cgpa, ak nak puasa seminggu.”

Sekali pandang,memang membawa maksud NAZAR, namun persoalannya adakah ini iras-iras rasuah?

Mari kita tafsirkan RASUAH, NAZAR dan SEDEKAH melalui ilmu MANTIK( logik akal).
                                                                                                               
isu
A
B
1
“Kalau aku nak lulus ujian nih
abang tu mintak aku bayar lebih”
2
“Kalau aku pass exam tu
Aku nak puasa seminggu”
3
“kalau aku lulus ujian nih
Aku nak belanja abang tu”
               
Isu 1
Dalam bahgian A, “aku” ada kemahuan dan azam untuk lulus,namun pada bahgian B,Disitu ada unsur pemerasan dari “abang” yang dikenakan untuk keuntungan dan faedah untuk diri “abang” itu.dan orang yang teraniaya adalah “aku”. Sekiranya ada unsur pemerasan tuk mendapat pertolongan dan faedah umtuk diri sendiri,maka ia adalah RASUAH.

Isu 2
Dalam bahagian A, “ aku”  Cuma melafazkan seorang diri dengan niat dan berazam untuk lulus, bahagian B, “ aku” akan berpuasa seminggu sekiranya “aku” lulus. Tiada unsur pemerasan,Cuma adalah janji kepada Allah sekiranya hajat termakbul. Mak ini adalah NAZAR.

Isu 3
Dalam bahagian A, “ aku”  Cuma melafazkan seorang diri dengan niat dan berazam untuk lulus, bahagian B, “aku” akan membelanjakan sedikit wang nya kepada “abang” dengan rela hati. Tiada unsur pemerasan, Cuma ada niat untuk sedekah atau hadiah kepada “abang”. Sekiranya memang ada niat dan berjanji untuk belanja “abang” kerana Allah dan dilafazkan,maka ia dikira nazar. Sekiranya hanya terlintas didalam hati dan dilakukan belanja tersebut, maka ia dikira sebagai HADIAH.
mari kita mencari sebenar makna dan istilah apa itu NAZAR dan apa itu RASUAH.


NAZAR membawa maksud janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.

Dan RASUAH pula bermaksud satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Janji manusia terhadap manusia dalam mendapat sesuatu faedah kepada diri sendiri. 

SEDEKAH pula bermaksud Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan ( bahasa arab : صدقة‎) yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)". (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

Wallahua’lam..



Nilai Mahar Nabi Musa terhadap Puteri Nabi Syu'aib

Ketika Nabi Musa melarikan diri menuju ke Madyan, baginda terserempak dengan sekumpulan orang  ramai yang sedang memberikan minuman untuk binatang ternakan mereka. Di belakang mereka terdapat dua wanita yang sedang menghambat binatang ternakan. 

Musa     : Mengapakah kamu berbuat demikian? (menghambat binatang ternakan)

Wanita  : Kami tidak dapat meberi minum kepada ternakan kami, sebelum pengembala-pengembala menghalau ternakan mereka. Bapa kami pun sudah tua. 

Setelah mendengar penjelasan dua wanita itu, lalu Nabi Musa memberikan minuman kepada ternakan mereka dan kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa : " Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau (Allah) turunkan kepadaku.”

Maka pulanglah dua wanita itu ke rumah dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada bapa mereka (Nabi Syu'aib). Sebagai tanda terima kasih, Syu'aib ingin memberikan upah kepada Musa. Dalam keadaan tersipu-sipu malu, salah seorang puteri Syu'aib pergi berjumpa Musa dan berkata: "Sesungguhnya bapaku menjemput engkau supaya dia memberikan  engkau upah terhadap (jasa) engkau memberi minum (ternakan) kami."

Tatkala Musa datang kepada Syu'aib dan menceritakan mengenai dirinya lalu Syu'aib berkata:"Janganlah engkau takut. Engkau telah selamat daripada orang yang zalim itu." 

Lalu salah seorang dari puterinya berkata : "Wahai bapaku! Ambillah dia sebagai pekerja, sesungguhnya lebih baik jika yang diambil bekerja itu seorang yang kuat dan dipercayai."   

Syu'aib  : Sesungguhnya aku bermaksud mengahwinkan engkau (Musa) dengan salah seorang daripada anak-anak perempuanku ini.

Musa     : Aku setuju, tetapi bagaimana dengan nilai maharnya? Aku tiada harta kerana ketika melarikan diri ke sini keadaanku sehelai sepinggang.

Syu'aib  : Jangan bimbang, Sebagai maharnya, engkau perlu bekerja di ladang kambingku selama 8 tahun  dan jika engkau cukupkan sepuluh tahun, maka itu adalah dengan kerelaan engkau sendiri, dan aku tidak akan memberati engkau. Dan engkau, Insya'llah akan mendapati aku termasuk orang yang baik.
 
Musa     : Jika begitu maharnya, mana sahaja daripada kedua waktu itu aku sempurnakan, maka tidak ada tuntutan lain atas diriku. Dan Allah adalah al-Wakil (Penjaga) atas apa yang kita ucapkan.

Yang Terindah

Assalamualaikum..

1 syawal 1433H disambut meriah oleh kami sekeluarga. Tahun ni semua ahli keluarga ada dan bertambah seorang lagi, Acik Hassan yang turut menyambut syawal pertama bersama kami sekeluarga. Tema tahun ni warna hijau. Tak kisah la hijau apa pun. Semua nampak comel je..hehe






Kemudian,sibuk pula  dengan program Rehlah Aidilfitri. Untuk sahabat-sahabat Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran. Saat ni memang indah, sekejap sahaja kita semua dapat berjumpa. Terharu dan gembira kerana ada beberapa sahabat yang sudah 8 tahun tidak jumpa dan kami berjumpa kembali di Rehlah Aidilfitri. Semoga ukhuwah kita berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dalam kesibukan, rindu terhadap anda semua sentiasa terbuku di hati.  ^_^












Tidak lupa juga buat teman-teman yang sudi menghadirkan ke rumah sy. Cuma kenal Afham sorang je. Yang lain daripada tak kenal, jadi kenal. Memang tak sangka sampai juga ke Kampung Telok Rimba yang terpencil ni. Walaupun terpencil tapi indah dengan sawah padi dan suasana kampung. Lain kali datang la lagi ye. Boleh ambil gambar banyak-banyak.





Sumber : Fb Syahid Sanusi


Hanya seminggu beraya di kampung. Ohhh!!! memang tidak puas beraya lagi. Namun tugas di UIAM harus dilaksanakan. Sebagai komiti Taaruf Week IIUM, tugas yang perlu dilaksanakan adalah menolong STADD untuk menguruskan pelajar baru. Ditugaskan sebagai biro "Special Task" yang diketuai oleh Mohd Khalid (BABA) dan Aziah (MAMA). Sebelum melakukan tugasan, kami perlu mengikuti Induction Course di Tanjung Karang, Selangor. Pelbagai aktiviti diadakan seperti menangkap belut, kacau dodol, berkayak dan banyak lagi. Sangat seronok bekerjasama dengan anda semua. Inilah program besar yang memberikan banyak pengalaman kepada kami hatta hubungan kami MESRA seperti sebuah keluarga.






Committees Special Task Taaruf Week 2012/2012


Tidak lupa juga dengan CONVEST 12 sebagai sponsorship. Agak susah untuk mencari sponsor . Namun, itulah pengalaman...Good Luck Convest!!!

Akhir sekali..nak mintak maaf kepada kawan-kawan yang hantar hantar mesej tapi tak berbalas, ada yang call nak borak lama-lama tapi sekejap je dapat. I'm so sorry!!!! Masa tu sibuk dengan program, sekarang ni dah lapang sikit, kalau ade credit akan berbalas la mesej yang di beri (^_^)