Subscribe:

Jenis-jenis Minuman yang Diharamkan



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Ada 7 jenis minuman yang diharamkan iaitu: 

Pertama: Arak (Khamar)

Arak (khamar) iaitu nama bagi minuman mentah (yang dimasak atau tidak disentuh api) daripada air perahan anggur selepas ia mendidih dan menggelegak dan mengeluarkan buih, lalu apabila ia berhenti mendidih ia menjadi jernih. Takrif inilah yang menjadi pendapat Abu Hanifah kerana makna pemabukan tidak akan sempurna kecuali apabila terhasilnya buih. Dengan itu juga ia tidak menjadi arak tanpa buih.


Sementara itu, Imam Abu Yusuf dan Muhammad serta tiga Mazhab (Malik, Shafi'i dan Ahmad) berkata, "Apabila air perahan tersebut mendidih dan menggelegak, maka itulah arak, Sekalipun ia masih belum berhenti mendidih. Sebabnya makna pemabukan terhad kepada mengeluarkan buih. Ini adalah pendapat yang lebih nyata dikalangan ulama' Hanafi, bagi menutup jalan kerosakan bagi orang awam.


Air perahan yang telah mendidih adalah haram dan najis, atau yang diperam selama tiga hari tiga malam. Bukti pengharaman arak dan hikmat pengharamannya ialah firman Allah S.W.T.:  

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (91)
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Surah al-Ma’idah: 90-91)

Ayat ini diturunkan pada peringkat pada peringkat keempat daripada peringkat-peringkat perundangan pengharaman arak secara beransur-ansur, pada peringkat pertama ialah firman Allah S.W.T.:
 
وَمِنْ ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالْأَعْنَابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ(67)
Terjemahan: Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya. (Surah al-Nahl: 67)

Pada peringkat keduanya ialah firman Allah S.W.T.: 

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ (219)

Terjemahan: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir. (Surah al-BAqarah: 219)

Pada peringkat ketiga ialah firman Allah S.W.T.: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ... (43)
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. (Surah al-Nisa: 219)

Hikmatnya adalah jelas, iaitu menolak kemudaratan dan kerosakan daripada manusia kerana arak adalah ibu bagi banyak keburukan.


Kedua: Manisan (Al-Sakar)
Manisan (Al-Sakar) iaitu air tamar lembab yang tidak dimasak dengan api, ataupun air mentah tidak dimasak daripada buah kurma (rutab) apabila ia mendidih menggelegak dan mengeluarkan buih; dan berhenti daripada mendidih, menurut pendapat Abu Hanifah.


Sementara itu, menurut Imam Abu Yusuf dan Muhammad serta Imam-imam lain ialah apabila ia telah mendidih, walaupun belum tenang, berlawanan dengan pendapat lepas. Begitu juga manisan kurma yang dimasak oleh sakar mengikut kajian qadi Zadah yang diperturunkan dalam bukunya Nata’ij al-Afkar.

Ketiga: Arak (al-Fadikh)
Arak (al-Fadikh), iaitu nama bagi air kurma muda yang kering apabila menggelegak dan mengeluarkan buih atau tidak, sebagaimana perselisihan yang lalu. Dinamakan fadikh kerana ia dipecah-pecahkan.


Keempat: Air Kismis
Air kismis, iaitu nama bagi bahan mentah daripada air anggur yang dimasukkan ke dalam air dan bercampur sehingga keluar kemanisannya dengan tidak dimasak, mendidih dan menggelegak, sama ada mengeluarkan buih atau tidak, sebagaimana perselisihan yang lalu.


Kelima: Al-Tala’a atau al-Muthallath
Al-Tala’a atau al-Muthallath, iaitu nama air anggur yang dimasak sehingga kering dua per tiga dan tinggal satu per tiga. Ia boleh memabukkan mengikut pendapat yang tepat iaitu ulama’ Hanafi. Hukummnya adalah haram menurut Abu Hanifah dan Abu Yusuf  sekiranya diminum untuk berhibur dan berfoya-foya sebagaiman yang biasa dilakukan oleh kebanyakan peminumnya. Sebaliknya jika ia diminum dengan tujuan untuk menguatkan atau berubat, dan ini adalah jarang berlaku, maka diharuskan. Tetapi, menurut Abu Yusuf dan Muhammad serta imam-mam lain, ia diharamkan sama sekali.

Keenam: Al-Badhaq atau Al-Munassaf
Al-Badhaq atau Al-Munassaf, iaitu air perahan anggur yang dimasak sekejap sehingga kering tidak sampai dua per tiga: Sama ada kurang dari satu per tiga atau setengah, dan ia boleh memabukkan. Bukti yang menunjukkan bahawa baki yang melebihi satu per tiga itu haram ialah hukuman sabit daripada Sayidina ‘Umar bahawa beliau menghalalkan perahan tersebut yang dimasak sehingga kering dua per tiga dan tinggal satu per tiga. Oleh itu, mana-mana yang tidak kering dua per tiganya,  kekuatan pemabukan masih padanya.

Ketujuh: Al-Jamhuri
Al-Jamhuri, iaitu air perahan buah anggur (al-Tala’a) yang telah dimasak dan dimasukkan air ke dalamnya sehingga air itu meresap masuk ke dalamnya sehingga air perahan kembali banyak seperti asal. Kemudian dimasakkan di atas api sekejap, dan ia boleh memabukkan. Ia diharamkan menurut Abu Hanifah dan Abu Yusuf sekiranya diminum untuk keseronokan dan berhibur. Sementara itu, ia diharamkan sama sekali menurut Imam Muhammad serta Imam-imam lain. 



Sumber rujukan: Kitab Fiqh dan Perundangan Islam (Jil. IV) oleh Dr. Wahbah Zuhayli, hal. 138-141.








Hilal Ramadhan dan Shawal

السلام عليكم ورحمة الله


Alhamdulillah, kita dapat bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini.Tahukah anda bagaimana penentuan hilal Ramadhan dan Shawal dilakukan? Mengapakah terdapat beberapa negara yang berpuasa awal atau lambat sehari daripada Malaysia? Terdapat tiga cara untuk menentukan hilal Ramadhan dan Shawal:
 
1) Ru'yah (melihat) jemaah yang hebat (alim ulamak, kadi, mufti)
2) Ru'yah dua orang Islam yang adil
3) Ru'yah seorang Islam yang adil


Pada zaman dahulu, cerapan hilal dilihat mengikut keadaan langit. Iaitu, sama ada langit dalam keadaan cerah atau mendung dan berawan sehingga menyebabkan fuqaha' berbeza pendapat mengenai hilal. Namun, pada masa kini dengan kecanggihan teknologi, hilal dapat dilihat dalam keadaan langit cerah, berawan dan medung.


Di Malaysia, kaedah cerapan dan ru'yah dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Seperti negeri Johor, di Jabatan Mufti Johor, bahagian Falak berperanan menyediakan dan membuat kiraan data-data rukyah, membuat cerapan hilal bagi menentukan awal bulan hijrah dan menyediakan laporan kepada Jawatankuasa Rukyah Negeri Johor dan Kebangsaan.


Kenapa ada beberapa  negara yang berpuasa awal sehari atau lambat sehari dari negara kita?

Para fuqaha' berselisih pendapat mengenai tempat muncul hilal. Untuk mengetahui waktu bermula dan berakhirnya bulan Ramadhan adalah dengan Ru'yah hilal, bukannya dengan kaedah pengiraan falak. Kemunculan hilal adalah berbeza bagi setiap tempat. Oleh itu, terdapat dua pendapat daripada para fuqaha' mengenai bilakah waktu yang tepat bagi ramadhan itu bermula.

Pendapat Jumhur
Jumhur ulamak berpendapat tempat kemunculan hilal di negara timur dan barat adalah sama. Oleh itu, waktu bermula ramdhan bagi semua negara adalah sama. Apabila muncul hilal di negara barat, negara-negara di timur juga wajib berpuasa sama ada dekat ataupun jauh. Sebagai contoh, hilal ramadhan dapat di lihat di Makkah, maka semua negara di seluruh dunia wajib berpuasa pada keesokan hari.

Dalil Jumhur

"Berpuasalah kamu kerana melihatnya (hilal) dan berbukalah kamu kerana melihatnya (hilal). Apabila pandangan kamu terlindung (terhalang oleh awan), maka sempurnakanlah hitungan bulan Sya’ban menjadi 30 hari". (HR. Bukhari no. 1776 dari Abu Hurairah).

 

Pendapat golongan yang bermazhab Shafi'ie
Al-Shafi'ieyyah berpendapat bahawa apabila hilal dapat dilihat di sebuah negara, maka hukum wajib berpuasa hanya diamalkan oleh negara-negara yang berhampiran sahaja. Hal ini disebabkan kemunculan hilal di setiap negara adalah berbeza. Oleh itu, hanya negara-negara yang berhampiran sahaja mempunyai hilal ramadhan yang sama seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Menurut mazhab ini, jarak yang membezakan kemunculan hilal dari sebuah negara dengan negara yang lain ialah 133, 056 kilometer.

Dalil Mazhab Al-Shafi'ieyyah
Hadith Kuraib:
“Kuraib mengkhabarkan bahawa Ummu Fadll bint al-Harith mengutusnya kepada Muawiyyah di Syam. Kuraib berkata : “Aku sampai di Syam kemudian aku memenuhi keperluannya dan diumumkan tentang hilal Ramadhan, sedangkan aku masih berada di Syam. Kami melihat hilal pada malam Jumaat. Kemudian aku tiba di Madinah pada akhir bulan. Maka Ibnu Abbas bertanya kepadaku – mengenai hilal — : ‘Bilakah kamu melihat Hilal?’ Akupun menjawab : ‘Aku melihatnya pada malam Jumaat. Beliau bertanya lagi : ‘Engkau melihatnya pada malam Jumaat ?’ Aku menjawab :’Ya, orang-orang melihatnya dan merekapun berpuasa, begitu pula Muawiyyah.’ Dia berkata : ‘Kami melihatnya pada malam Sabtu, kami akan berpuasa menyempurnakan tiga puluh hari atau kami melihatnya (hilal).’Aku bertanya : ‘Tidakkah cukup bagimu ru'yah dan puasa Muawiyyah ?’ Beliau menjawab : ‘Tidak! Begitulah Rasulullah memerintahkan kami.’” (HR. Muslim 1087, At-Tirmidzi 647 dan Abu Dawud 1021. Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi di Shahih kan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 1/213)


Sumber: FalakOnline. Anak bulan Ramadhan dari Sg Lada Labuan

Sumber rujukan:
  1. Fiqh al-Islami wa adillatuhu oleh Wahbah Zuhaili
  2. Jabatan Mufti Johor
  3. Jakim
  4. FalakOnline



 


Puasa yang Diwajibkan

              

              Puasa merupakan rukun islam yang ke-3 dan pada kebiasaannya ia ditunaikan ketika bulan Ramadhan. Namun, puasa yang wajib ke atas umat Islam bukan hanya di bulan Ramadhan sahaja, tetapi ada keadaan-keadaan tertentu yang wajib untuk berpuasa. 

            Kitab Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu karangan Dr Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa puasa diwajibkan pada salah satu daripada 3 keadaan berikut:

Sebab Pertama: Nazar

Keadaan ini boleh dilihat apabila seseorang itu bernazar untuk berpuasa sehari atau sebulan  yang bertujuan  menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. Apabila seseorang itu bernazar, maka wajib ke atas dirinya untuk menunaikannya. Jika puasa itu ditentukan pada hari atau bulan tertentu, dan dia berpuasa lebih awal daripada hari atau bulan yang ditentukan, hukumnya adalah harus disebabkan wujud sebab-sebab tertentu.


Sebab Kedua : Kafarat

Seseorang itu wajib berpuasa apabila dijatuhkan hukuman kafarat ke atasnya seperti kesalahan membunuh tidak sengaja, melanggar sumpah, berjimak disiang hari ketika bulan Ramadhan dan zihar.


Sebab Ketiga : Melihat Anak Bulan Ramadhan

Apabila seseorang itu melihat anak bulan ramadhan sama ada pada waktu siang atau malam, maka ia diwajibkan untuk berpuasa berdasarkan pendapat al- Hanafiyyah.


        Puasa juga diwajibkan apabila melihat anak bulan (crescent moon) ketika langit dalam keadaan baik. Selain itu, puasa juga wajib apabila genap 30 hari bulan sya'aban ketika langit berawan atau kabus.  Allah Ta'ala berfirman:

فمن شهد منكم الشهر فليصمه

Maksudnya: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan (al-Baqarah;2)

Rasulullah bersabda: 
Dari Ibn Umar r.a. Dari Nabi saw. bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadhan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: "Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadhan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)." (Riwayat Muslim)

    
      Kesimpulannya, umat Islam diwajibkan berpuasa disebabkan nazar, atau kafarat, atau melihat anak bulan ramadhan. Jika berkesempatan, Projurist akan menulis kaedah penentuan hilal ramadhan dan hilal syawal. Inshaallah..

Ya Rasulallah, Pergimu Tiada Pengganti


PEMERGIANNMU
 
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan


Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa


Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat


Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

 
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

 
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

 
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu


Sebuah filem dakwah "Naskhah Cinta Rasulullah" yang pasti mengalirkan air mata.

You Left So Soon

       
     I was impressed by his spirit as an army. He said: “Like father, like son”. As the eldest son from 7 siblings, he's very concerned about his brother and sister " Biarlah adik-adik sy kahwin dlu, klau sy tak kahwin pn tak ape".

     He was a funny and cheerful person, never hurt my heart even once. He gave me the guidance on how to make a decision until I decided to declare minoring in Comparative Religion. Such a beautiful story while studying in IIUM. When he saw me, he became shy. Let the stories become meaningful memories between me and him.

     On Friday, 29 Safar 1433H (11/1/2013) at 4.30 a.m, he left this world. I was surprised and very shocked at that time. It’s very hard to believe. I lost him forever..Not only me, but also the other friends, his family and relatives felt very sad...very sad..very sad. In sadness, I need to redha on whatever Allah has destined for me.



       : خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ إِلَّا اللهُ عَزَّ وَجَلَّ 

﴿إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الاٌّرْحَامِ وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِى نَفْسٌ بِأَىِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلَيمٌ خَبِيرٌ ﴾ 

There are five things which no one knows except Allah: (Verily, Allah, with Him is the knowledge of the Hour, He sends down the rain, and knows that which is in the wombs. No person knows what he will earn tomorrow, and no person knows in what land he will die. Verily, Allah is All-Knower, All-Aware.

(Reference: Tafsir Ibn Kathir, Surah Luqmaan : 34)


      Al-fatihah and Yaasin to Allahyarham Mohamad Afham Bin Jumat. My du'a "Hopefully, the last article written by him about "Antara Rasuah dan Nazar ” will be rewarded as amal jariah for him. May Allah placed you in heaven with mukminin and solihin.See you in Jannah…"




Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around 
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever


You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return..


ANTARA RASUAH DAN NAZAR


Tajuk    : Antara rasuah dan nazar 
Penulis : Mohamad Afham bin Jumat ( 1 APRIL 1990 - 11 JANUARI 2013 )




Antara kita dan pencipta kita,ada doa dan harapan ditengahnya. Dalam mendapatkan sesuatu,kita selalu terlepas pandang bahawa rasuah dan nazar hampir ada persamaan.

Sebagai contoh NAZAR:
a) Kalau aku pass exam tu, nak puasa seminggu.
b) Dengan berpuasa sunat hari ni, aku harap dapat menang tender projek tersebut.
c) Kalau sukses projek tu nanti, aku nak berubah menjadi lebih warak.
Dan contoh RASUAH:
a) kalau kau nak tender ni, kau kena bayar sikit tok aku
b) “bang,bole la bagi keja ni kat saya,nanti saya belanja abang”
c) “mana lesen kau nih ha? Nak kena saman? Kalau taknak kena saman, kau hulur la sikit bape ringgit pun”

Persoalan baru muncul dikalangan masyarakat melayu dalam meng”istilahkan” erti rasuah dan nazar.sebagai contoh:

                “Kalau aku berjaya sem ni dapat 3.4 cgpa, ak nak puasa seminggu.”

Sekali pandang,memang membawa maksud NAZAR, namun persoalannya adakah ini iras-iras rasuah?

Mari kita tafsirkan RASUAH, NAZAR dan SEDEKAH melalui ilmu MANTIK( logik akal).
                                                                                                               
isu
A
B
1
“Kalau aku nak lulus ujian nih
abang tu mintak aku bayar lebih”
2
“Kalau aku pass exam tu
Aku nak puasa seminggu”
3
“kalau aku lulus ujian nih
Aku nak belanja abang tu”
               
Isu 1
Dalam bahgian A, “aku” ada kemahuan dan azam untuk lulus,namun pada bahgian B,Disitu ada unsur pemerasan dari “abang” yang dikenakan untuk keuntungan dan faedah untuk diri “abang” itu.dan orang yang teraniaya adalah “aku”. Sekiranya ada unsur pemerasan tuk mendapat pertolongan dan faedah umtuk diri sendiri,maka ia adalah RASUAH.

Isu 2
Dalam bahagian A, “ aku”  Cuma melafazkan seorang diri dengan niat dan berazam untuk lulus, bahagian B, “ aku” akan berpuasa seminggu sekiranya “aku” lulus. Tiada unsur pemerasan,Cuma adalah janji kepada Allah sekiranya hajat termakbul. Mak ini adalah NAZAR.

Isu 3
Dalam bahagian A, “ aku”  Cuma melafazkan seorang diri dengan niat dan berazam untuk lulus, bahagian B, “aku” akan membelanjakan sedikit wang nya kepada “abang” dengan rela hati. Tiada unsur pemerasan, Cuma ada niat untuk sedekah atau hadiah kepada “abang”. Sekiranya memang ada niat dan berjanji untuk belanja “abang” kerana Allah dan dilafazkan,maka ia dikira nazar. Sekiranya hanya terlintas didalam hati dan dilakukan belanja tersebut, maka ia dikira sebagai HADIAH.
mari kita mencari sebenar makna dan istilah apa itu NAZAR dan apa itu RASUAH.


NAZAR membawa maksud janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.

Dan RASUAH pula bermaksud satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Janji manusia terhadap manusia dalam mendapat sesuatu faedah kepada diri sendiri. 

SEDEKAH pula bermaksud Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan ( bahasa arab : صدقة‎) yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)". (Surah Al-Baqarah: ayat 188)

Wallahua’lam..