Tajuk : Antara rasuah dan
nazar
Antara kita dan
pencipta kita,ada doa dan harapan ditengahnya. Dalam mendapatkan sesuatu,kita selalu
terlepas pandang bahawa rasuah dan nazar hampir ada persamaan.
Sebagai contoh NAZAR:
a) Kalau aku pass exam tu, nak puasa seminggu.
b) Dengan berpuasa sunat hari ni, aku harap dapat menang tender projek
tersebut.
c) Kalau sukses projek tu nanti, aku nak berubah menjadi lebih warak.
Dan contoh RASUAH:
a) kalau kau nak tender ni, kau kena bayar sikit tok aku
b) “bang,bole la bagi keja ni kat saya,nanti saya belanja abang”
c) “mana lesen kau nih ha? Nak kena saman? Kalau taknak kena saman,
kau hulur la sikit bape ringgit pun”
Persoalan
baru muncul dikalangan masyarakat melayu dalam meng”istilahkan” erti rasuah dan
nazar.sebagai contoh:
“Kalau aku berjaya sem ni dapat 3.4 cgpa, ak
nak puasa seminggu.”
Sekali pandang,memang membawa maksud NAZAR,
namun persoalannya adakah ini iras-iras rasuah?
Mari kita tafsirkan RASUAH, NAZAR dan SEDEKAH
melalui ilmu MANTIK( logik akal).
isu
|
A
|
B
|
1
|
“Kalau aku nak lulus ujian nih
|
abang tu mintak aku bayar
lebih”
|
2
|
“Kalau aku pass exam tu
|
Aku nak puasa seminggu”
|
3
|
“kalau aku lulus ujian nih
|
Aku nak belanja abang tu”
|
Isu 1
Dalam bahgian A, “aku” ada kemahuan dan
azam untuk lulus,namun pada bahgian B,Disitu ada unsur pemerasan
dari “abang” yang dikenakan untuk keuntungan dan faedah untuk diri “abang”
itu.dan orang yang teraniaya adalah “aku”. Sekiranya ada unsur pemerasan tuk
mendapat pertolongan dan faedah umtuk diri sendiri,maka ia adalah
RASUAH.
Isu 2
Dalam bahagian A, “ aku” Cuma melafazkan seorang diri dengan niat
dan berazam untuk lulus, bahagian B, “ aku” akan berpuasa seminggu
sekiranya “aku” lulus. Tiada unsur pemerasan,Cuma adalah janji kepada Allah
sekiranya hajat termakbul. Mak ini adalah NAZAR.
Isu 3
Dalam bahagian A, “ aku” Cuma melafazkan seorang diri dengan niat
dan berazam untuk lulus, bahagian B, “aku” akan membelanjakan sedikit
wang nya kepada “abang” dengan rela hati. Tiada unsur pemerasan,
Cuma ada niat untuk sedekah atau hadiah kepada “abang”. Sekiranya memang ada niat
dan berjanji untuk belanja “abang” kerana Allah dan dilafazkan,maka
ia dikira nazar. Sekiranya hanya terlintas didalam hati dan
dilakukan belanja tersebut, maka ia dikira sebagai HADIAH.
mari kita mencari sebenar makna dan istilah
apa itu NAZAR dan apa itu RASUAH.
NAZAR
membawa maksud janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai
nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan.
Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah
SWT yang asal hukumnya tidak wajib.
Dan RASUAH pula bermaksud satu tindakan pemerasan
yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan
faedah dirinya sendiri. Janji manusia terhadap manusia dalam mendapat
sesuatu faedah kepada diri sendiri.
Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)". (Surah Al-Baqarah: ayat 188)
Wallahua’lam..
1 Comment:
Terima kasih di atas pencerahan tersebut..Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. amin~
Post a Comment