Subscribe:

Maintain

" Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e "
From:iluvislam.com

 

Di penghujung semester  ni masing-masing sibuk dengan exam, mesti nak dapat result yang terbaik..terutamanya DEAN LIST .
Tapi sy tak kisah DEAN LIST tu..yang penting result mesti MAINTAIN, kalau tak habis la biasiswaku.....


STUDY + STRUGGLE + DOA + TAWAKKAL = SUCCESS


To Mr. Army : Who will be the WINNER for this semester? Wait and see on 31 January 2012...

Lunar Eclipse & Experiment

Pada 10/12/11 bersamaan dengan 14 Muharam 1433H ( malam 15 muharam ) gerhana bulan penuh telah berlaku diseluruh dunia . Kalau tak silap, gerhana bulan kali ni dah masuk kali ke-2 untuk tahun ini. Sebelum ini gerhana bulan penuh berlaku pada 16/6/11 bersamaan dgn 14 Jamadil akhir 1432H. Boleh tengok pada entri sy lepas ni , klik disini .


Alhamdulillah kali ni dapat tengok dengan jelas dan siap buat eksperimen sekali. Mula la sy sibuk mesej kawan2 tengok gerhana, solat sunat gerhana dan tak lupa juga family kat rumah untuk buat eksperimen ni sekali. Nak tahu eksperimen apa? Sila tatap puas-puas gambar di bawah ini...hehehe....

Eksperimen telur berdiri disebabkan tarikan graviti yg tinggi

Peace pada telur..haha

Alang2 sebiji..baik susun semua telur yang ada

Siap bentang tikar tgok gerhana ni....dh macam picnic..angin sedap je...

Nak buat bentuk hati tak jadi2..haha

Dari jauh je la..snap pic  pn bkn guna DSLR

Subhanallah..

Cantik!!!

Half...

Wow!! terangnya...


 Lokasi : Belakang rumah Kak Limah.




Kalau anda nak tahu banyak lagi fenomena yang menarik selain telur berdiri ni. Antaranya berat badan kita akan bertambah semasa gerhana berlaku, air laut menjadi pasang . Fenomena ini berlaku kerana daya tarikan graviti yang tinggi. Sekian....

Berjalan Tanpa Henti

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia......



Bila hayati lirik lagu ni, mmg mberi kesan kt dalam jiwa ni..Walaupun kumpulan Devotees kat Uiam, mmg tak pernah nampak la muka diorang ni kecuali masa konsert,maklum la kuliyah lain2..haha..Btw dalam carta nasyid ikim lagu ni mendapat saingan yang hebat dgn lagu "Dengan KuasaMu-Nur One"..so..sbb tu la blog sy ni letak lagu Dengan KuasaMu..nanti kalau dah bosan tukar Berjalan Tanpa Henti plak..^_^
 

Menarik !!

Tidak payah bersentuhan tangan,
Kerana mereka sudah bersentuhan hati,
Tak payah berbalas kerlingan mata,
Kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa...



"Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-segalanya. MENCINTAI SESEORANG HANYA KERANA ALLAH dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka."
(Bukhari, Kitab: Iman 1/77, No.16. Muslim, Kitab: Iman 1/66, No. 43)




Sy copy entry ni dr Cik Merah Jambu ..menarik utk dibaca thnks Cik Pink...

Untuk Muhd Faris

Dikesempatan ini Kak Long nk ucapkan " selamat berkhatan " !!!  Jgn nervous2 tau dik..harap mata je besar..jiwa pun kena kental mcm askar...hahaha...Kak Long tak boleh balik minggu ni sebab ade bnyk kerja..mesti bosan kan tak ada Kak Long kt rmh...bosan sebab tak ada teman nak gaduh, dengar Kak Long membebel...hehehehehe

Jgn lupa jaga pantang makan minum lps dh sunat nt..orang laki ni bila dah sunat dia dh jadi orang besar..dah tak boleh NAKAL dan MANJA sangat..so...semoga menjadi anak  yg soleh cemerlang, gemilang , terbilang !!! 

Merah menyala baju ko nih..sakit mata..haha

Motivation

 This entry is made especially for those who were pressured and busy with works including me right? Because as Muslims, we need to remember and advice each other.



This Sunday we will celebrate Ma'al Hijrah (1433H) but how can we make' Hijrah binafsi? '?

By being LAZY to HARDWORKING, from MAZMUMAH to MAHMUDAH, from ZERO to HERO and many more. I know "hijrah" is always difficult and tough but in the end is "HASANAH"

We were always busy with works but is it very difficult to spend hours or minutes or seconds to be close with HIM? When I was in form 5, I had a very hard time in managing myself. I was always busy with my works as a leader of the hostel, assistant of the head prefect, SPM and some problems with my friends. Then, I try to perform tahaddjud, taubah and hajah. You know what happen then? I passed my hard time with peaceful, without stress and also my face didn't show any signs of stress. In short, Allah gives me the strength and the spirit to pass through all problems . HE makes my HEART very strong and ponder!!



Although my SPM was not very good, I never gave up and I decided to further my study with STAM. Without failure, I can't get to feel the sweetness of the success because I believe in each difficulty and test by Allah is a bridge for me to get millions of reward from His love .

My messages :

1. Preserve our relationships with Allah, parents, friends and ourselves.
2. Try to do Tahaddjud, you will get the biggest reward from HIM .
3. Let's make hijrah.


  Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

I'm proud to be your daughter " ABAH "

      Panggilan " Abah " merupakan panggilan utk ayah sy. Kenapa panggil "ABAH" ye? Sebab dah dididik dan diajar dari kecil panggil macam tu la..hehe. Abah merupakan seorang  insan yang sukar untuk aku berkongsi cerita yang macam-macam, tidak seperti MAK, semua benda sy cerita. Mungkin sebab perempuan saling memahami isi hati antara satu sama lain. So, dekat Abah ni selalu cerita perkara yang boleh buat dia gembira dan  bangga dengan Anak Sulung perempuannya ni..haha..

Kubota yang banyak berjasa

      Lelaki menggalas tanggungjawab yang berat, maka tidak hairanlah kalau Abah agak sedikit dingin. Along faham, Abah kerja berat. Sepanjang 20 tahun dikurniakan kesihatan yang baik, makan minum yang cukup, pakaian dan pelajaran yang baik, I'm proud to be your daughter ABAH!

Berat tau mesin yang abah pikul nih..

     Siapa tahu seorang pesawah/petani mampu menyara seorang isteri dan 7 orang anak yang comel-comel dan kacak dengan kerja kampung sahaja. Kagum kan? Itulah rezeki dari Allah Ta'ala yang patut kita syukuri. Abah mampu menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat pengajian tinggi dengan hasil titik peluhnya. Membanting tulang pagi dan petang untuk mendapatkan rezeki yang halal disisi Allah, barakallahufik ya walid. Yang paling best, dapat makan berasa hasil titik peluh Abah, beras kat kedai tak fresh..lain rasanya..

Sarah jadi model kaktus, anak bongsu..

     Mungkin diluar sana masih ada lagi insan yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Anggaplah itu salah satu ujian terhadap hamba-hambanya. Namun, bukan senang untuk mencapai kesenangan yang kami sekeluarga miliki sehingga hari ini. Dari kecil hingga dewasa, ku melihat dengan mata sendiri bagaimana Abah bekerja, mengambil upah meracun, menyawit, menguruskan sawah pagi dan petang, menjala ikan dan macam-macam lagi. Setiap kali pulang dari bekerja baju Abah mesti comot dengan lumpur-lumpur dan kotoran, kasut boot warna kuning jadi tidak cantik sebab mengharungi lumpur dan lopak air.

Setiap titik peluh sama seperti sebiji beras..


Rumahku syurgaku...


     Itulah lelaki, sangat menakjubkan kerana boleh buat banyak kerja dalam 1 masa. Perkataan "SAYANG" memang amat sukar untuk dilafazkan sendiri terhadap orang yang kita sayang. Kalau bercerita kat orang lain boleh la cakap yang " saya sayang ABAH sy " tapi kalau nak cakap sendiri dengan Abah memang susah termasuklah dengan MAK sekali..hehe..*because I'm very shy person* Tapi kat blog ni boleh la sy confess kn?   I Love my PARENTS!!

Ala..x tau nama sbenar jentera ni, orang panggil bajak badai ,get ready utk membadai sawah !!

Burung terkukur

    Sebenarnya, jauh disudut hati ada keinginan untuk menyambung MASTER (di Jordan)  selepas DEGREE, tapi kn...bila fikir-fikir semula, lebih baik kerja dulu selepas grad nanti. Bukannya apa, sampai bila sy perlu tengok Abah kerja berat-berat, membanting tulang pagi petang . Tak sampai hati tengok semua tu. Biar la Along pula yang menyara adik-adik. Insyaallah ada keberkatan disebalik niat yang baik. Teringat semasa keputusan STAM diumumkan, ku berkata begini kepada Abah

  Hidayah : Abah, Dayah dapat MUMTAZ dalam STAM !!
  Abah: Alhamdulillah, bagus la macam tu. HILANG PENAT ABAH BEKERJA.

Menabur benih padi, Firdaus pikul benih. Faris sibuk mengacau..haha

Sesi mengajar bagaimana utk memandu kubota..



I'm proud to be your daughter , ABAH!!
   

~~SUKA dan SAYANG~~

Semakin hari semakin SUKA dan SAYANG. Bila cakap pasal SUKA dan SAYANG ni, majoriti akan fikir apa? Ni saya senaraikan..


  1. Kekasih 
  2. Suami
  3. Bear
  4. Haiwan peliharaan
  5. Barang-barang yang ada sentimental value..
TAPI!! berapa orang yang akan fikir macam ni..

  1. Ilmu
  2. Buku
  3. Universiti
  4. Sahabat
Apa yang saya semakin SUKA dan SAYANG?? nak tahu??

Al-Madkhal ila dirasah al-fiqh ( percuma je..hehe )

Ulum hadis...buku utk semester akn dtg (free)

Intro Mass. Comm. RM 75 ( beli sendiri )

Fiqh al-Manhaji : ada 3 jilid,baru je beli...SAYANG!!


Rak buku sy : tak kemas sgt sb sibuk dgn exam..haha


Ok..dah tau apa yang saya SUKA dan SAYANG kn? Buku/kitab, universiti...dan sahabat kerana mereka  yang menjadi teman setia dan pembakar semangat ketika berada di IIUM ni..

Angan2 : Bila dah grad, ada rumah sendiri sy akan sediakn 1 bilik bacaan dengan rak buku yang penuh dengan buku2 semasa belajar kat IIUM ni. Mesti seronok kn? hehe..^_^

 Belajar fiqh ni memang seronok!!..Siapa cakap tak best mmg rugi la...sb fiqh ni banyak yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita, permasalah semasa yang berkaitan hukum hakam dapat kita belajar, bagaimana dan kenapa Mazhab2 berbeza pandangan dalam sesuatu hukum..MasyaAllah..seronoknya!!


Esok nak balik kampung dah, tinggal la Encik Cedric sy ni sorang2 kt dlm bilik...Sy akn rindu kt awk selama seminggu..jaga diri elok2 ea...haha

Besar...hehe
CINTAi lah ilmu yang kita pelajari dan mengAMALkannya...

SPOILSPORT

       Aril was a good  boy almost of the time. He just had one problem. He was very contentious and his friend didn't like his bad character. One day in the autumn the children were all sitting by the lake and talking about the seas and lakes. They were saying that seas were deeper and colder than lakes.

As always, Aril took up the opposing view.

      This time his friends didn't argue with him ; they knew him very well by now.
      They began to skip stones. Thin, flat stones skipped over the blue water like flying birds.
      Fahmi was able to skip his stones further than anyone else that day. His stones went a long way, skipping towards the horizon.

       Aril felt jealous and said :" Let me see you stones"

      Fahmi opened his hand and showed Aril his stones. His stones were no different than anyone else's. But spoilsport Aril always looked for a reason to pick a fight.

      " Oh. You have taken the thinness stones. Of course, such thin stones will go a long way, anyone can do that."

      Fahmi was an easy-going boy and said ; " Alright ; why don't we exchange the stones ? You take mine and I'll take yours."

     But the result was the same.

     Limping Haydar, who had been hurt in a traffic accident , approched Aril.

     "You are in a bad mood today. And you're not very lucky either," he said to his friend, gently.
    
     Aril was angry because he hadn't been able to skip the stones and shouted at Haydar,

     "What do you know, you cripple!"

     The other children became very angry with Aril. They all love Haydar and hated to see anyone threat him badly. They told Aril that he had been very unfair and mean.

      Aril's behavior goes against what our Prophet told us in the following hadith :

             "Do not argue with your Muslim brothers and sisters! Do not make fun of them! "

                               
لا تمار أخاك ولا تمارخه
                                                                   
                              (   رواه الترمذي    )

Target semester 1 2011/2012

  1. Asgmnt mesti siap awal.
  2. Nota untuk semua subjek mesti lengkap!!
  3. Sentiasa bersedia untuk semua peperiksaan dan kuiz.
  4. Kerja JANGAN BERTANGGUH Cik Hidayah...
  5. Dahulukan hal-hal yang PENTING dari hal yang KURANG PENTING.
  6. Sem ni sy perlu kalahkan 2 orang berdasarkan GPA siapa paling tinggi (x perlu mention siapa orangnya sb nt jd kontroversi..hehe )
  7. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi..haha...
  8. Cool and relax..
  9. Find a replacement untuk Encik Eric sy..
  10. Langsaikan hutang PTPTN.
  11. Berusaha BALIK RUMAH sebulan sekali  *mcm la boleh* huhu

Esok Jangan Rindu-rinduan..

GURINDAM JIWA

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati


Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga


Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan


Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
 
 
 
-Lirik lagu ni memang membawa maksud yg mendalam tp sy sendiri x tau nk huraikan mcm mana..hehe
- Kebetulan..ramai plak yang menyanyi lagu ni hari ni, kt ym ade yg mnyambung,kt bilik member2 pn ade lagu ni ..(agaknya majoriti dalam mood rindu kt family)
-Jom dengar lagu ni!! hehehe ^_^
 
 

Welcome back!!

Welcome back to IIUM...

Semester baru telah bermula hampir seminggu. Macam-macam hal yang terjadi. Biasa la, awal-awal sem ni memang banyak masalah terutamanya untuk add&drop subject,venue kelas,lecture dan macam-macam la. Mungkin Universiti lain mempunyai sistem yang berlainan. Tapi, student uia ni memang kena BERDIKARI dari awal semester..hehe

Hari pertama memang bersemangat nak pergi add manual subjek...untuk 2 subjek je..TAPI!! kena ulang alik dari building HS-IRK memang sakit la kaki..tapi,demi ilmu kena la bersungguh-sungguh kan. Jumpa lecture minta tanda tangan,pergi department buat benda yang sama,pergi academic affairs pun buat benda yang sama. CABARAN...

Apa yang SERONOK masa sem ni (setakat ni la...akan datang x tau) lecture semua ok2 je, member-member dalam kelas pun kebanyakannya dah kenal masa mula-mula masuk sini. Assingment baru dapat 1...hehe..

Yang PENTING masa belajar ni jangan banyak MERUNGUT dan elakkan dari STRESS..

Baru Join kelab ni..macam best!!

Kelebihan Solat Tarawih

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bin Abi Talib r.h. katanya bahawa telah ditanya oleh sahabat akan Rasulullah SAW tentang kelebihan tarawih pada malam-malam bulan Ramadhan. Di antara kelebihan yang dijelaskan adalah seperti berikut:

  • Malam Pertama - Keluar daripada dosanya pada malam itu seperti mana sewaktu dilahirkan oleh ibunya.
  • Malam ke-2 : Diampunkan dosa-dosanya serta dosa ibu bapanya
  • Malam ke-3 : Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kamu terus menerus sembahyang tarawih berikutnya semoga allah mengampunkan dosa-dosa kamu.
  • Malam ke-4 : Mendapat pahala seperti sebagaimana pahala orang yang membaca Taurat,Zabur,Injil dan Al-Quran.
  • Malam ke-5 : Diberi pahala sama seperti beribadah di Masjidil Haram,Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.
  • Malam ke-6 : Diberi pahala para malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu dan tanah mendoakan supaya diampunkan dosa-dosanya.
  • Malam ke-7 : Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa (as) serta menolong baginda menentang firaun.
  • Malam ke-8 : Dikurniakan pahala seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim.
  • Malam ke-9 : Seolah-olah dia menyembah Allah sebagaimana NAbi-nabi meyembah Allah.
  • Malam ke-10 : Dikurniakan kebaikan didunia dan diakhirat.
  • Malam ke-11 : Keluar dari dunia (mati) dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
  • Malam ke-12 : Datang dia pada hari akhirat dengan muka bercahaya (cahaya ibadah)
  • Malam ke-13 : Datang dia pada hari akhirat dalam aman sentosa daripada setiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam ke-14 : Datang para malaikat menyaksikan dia sembahyang tarawih serta tiada Allah menyesatkannya pada hari akhirat.
  • Malam ke-15 : Semua malaikat menanggung Arasy dan Kursy berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan orang yang bersembahyang tarawih.
  • Malam ke-16 : Ditulis baginya lepas dari neraka dan dimasukkan ke syurga.
  • Malam ke-17 : Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi.
  • Malam ke-18 : Diseru malaikat : "Wahai hamba Allah,sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibu bapa kamu (yang masih hidup atau telah mati)."
  • Malam ke-19 : Ditingkatkan serta ditinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
  • Malam ke-20 : Diberi pahala seperti mereka yang mati syahid dan orang-orang solohin.
  • Malam ke-21 : Dibinakan sebuah istana di dalam Syurga daripada nur.
  • Malam ke-22 : Datang dia pada hari akhirat, aman dari dukacita dan kerisauan.
  • Malam ke-23 : Dibina baginya sebuah bandar di dalam syurga.
  • Malam ke-24 : Dibuka peluang berdoa sebanyak 24x yang sangat mustajab (elok sekali berdoa ketika sujud).
  • Malam ke-25 : Dihapuskan baginya seksaan kubur.
  • Malam ke-26 : Diberikan pahala ibadah 40 tahun.
  • Malam ke-27 : Melintas titian Sirat pada hari akhirat seperti kilat menyambar.
  • Malam ke-28 : Diangkat 1000 darjat diakhirat.
  • Malam ke-29 : Dikurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.
  • Malam ke-30 : Dipersilakan oleh Allah di akhirat : Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buahan yang engkau hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabil serta minumlah air daripada telaga Nabi yang bernama Kauthar. Aku adalah Tuhanmu dan kamu adalah hamba-Ku.


Sumber : 101 solat sunat berserta wirid & doa selepas solat-Nurudeen Al Haitame

Siapa Albus Severus Potter ??

Albus Severus Potter gabungan dari 3 orang yang hebat dan handal di Hogwarts iaitu Albus Dumbeldore,Severus Snape, Harry Potter..pendek cerita Albus Severus Potter ni anak Harry Potter laa..haha..


Semua episode Harry Potter memang sy tak pernah miss pun, tak tahu la macam mana boleh minat. Sebelum tengok Deathly Hallows Part 2 ada juga orang cakap yang Harry Potter mati. Ish!! tak boleh la macam tu kan, hero/orang baik mesti la hidup..orang jahat kena mati. Ok, ni pendapat orang sebelum cerita ni keluar di pawagam. Siapa dah baca novel, mesti dah tau dulu kan, tapi, novel-novel ni susah sikit la nak istiqamah...hehe..that's why suka tengok movie je..hehe..

Memang tak disangka Deathly Hallows Part 2 best sangatttt!! Siapa peminat Harry Potter jangan lupa saksikan movie yang terakhir ni, lawak,sedih,happy pun ada..ending HP memang puas hati laa..

Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2

Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1

Harry Potter And The Half  Blood of Prince

Harry Potter And The Order of The Phoenix

Harry Potter And The Goblet of Fire

Harry Potter And The Prisoner of Azakaban

Harry Potter And The Chamber of Secret



Harry Potter And The Sorcerer's Stone



Haa..lengkap ada 8 movie semuanya kan..Sebenarnya kan..Prof. Snape adalah orang yang paling sayangkan Harry.. 

Main masak-masak

Acctually dah lama tak update blog..alasannya, sibuk dengan final exam dan renovate balik blog ni. Letih jugak la nak renovate blog ni..mcm sepah cakap...haaaa..semput!! hahahaha..

Cuti sem ni nak try masak yang sedap-sedap, hari tu dah try "NASI AYAM PENYEK"..kali ni nak try "NASI KUKUS AYAM DARA"..search punya search *bkn amy search* jumpa la 1 resepi ni disini :

Bahan-bahan untuk nasi:
2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara menyediakan:
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak.


Bahan-bahan untuk ayam:
1 ekor ayam
3 s/b rempah kari daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
6 inci halia dikisar
3 batang serai dikisar
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing. 


Bahan-bahan untuk sambal belacan:
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
Garam
2 biji limau nipis

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.


wah...nampak mcm sedap..jom try buat

Good Luck!!

Doakan yang terbaik untuk saya serta sahabat-sahabat yang lain juga. Semoga dipermudahkan dan diberi ketenangan ketika menjawab soalan peperiksaan akhir semester 3 2010/2011.


29/07/2011 - 1) Bhs Melayu komunikasi untuk 
                         Kerjaya 
                     2) Advanced Tilawah Al-Quran 1

02/07/2011 - 1) Quranic & Prophetic Texts






 

~~~Nota Cinta~~~

 
Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi

Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia

Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa

Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah

Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah 
 
 

Birrul Walidaini

Birrul Walidaini   (   برّ الوالدين    ) bermaksud berbuat baik kepada ibu bapa. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh insan yang bergelar "anak" tanpa mengira ibu bapanya itu beriman ataupun sebaliknya.

Renungi ayat-ayat ini...

  • Maksud Surah Al-Israa ayat 23-25 :

    Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

    Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

    Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

  • Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah amalan yang disukai oleh Allah Ta'ala. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dalam sahih bukhari daripada Abdullah, katanya :
    "Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."
     
  • Kita mempunyai ibu bapa dam kita patut bersyukur kepada mereka. Dengan adanya mereka kita lahir kedunia dan mngenal segala isinya, malah dengan jasa mereka kita dapat kenikmatan yang melimpah ruah.

    "Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu, hanya kepada-Ku kamu kembali." (Luqman:14)
     
  • Perbuatan derhaka dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar.

    Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)

    Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang kuat beribadat, tetapi apabila di saat kematiannya dia tidak dapat mengucap syahadah kerana perbuatannya menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cinta kepada isterinya.Melihat keadaannya yang nazak, Nabi mengancam untuk membakarnya, tetapi apabila ibunya datang dan memaafkannya, azab yang menimpa Alqamah berakhir.Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.

  • Hayatilah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

    "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)
    
 

Video ini mengisahkan perintah Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa.

 P/S : Video tu dalam bahasa arab. Jadi..beruntunglah siapa yang tahu dan faham bahasa  arab ^-^ Happy Father's Day....semoga kita semua tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh dan solehah.

Gerhana Bulan Penuh

السلام عليكم


Fenomena gerhana gerhana bulan penuh  merupakan salah satu daripada tanda kebesaran Allah. Ia sangat indah dan menakjubkan. 16/6/2011 berlakunya gerhana bulan penuh bermula 1.22 a.m sehingga selepas subuh.

Ha...dengan penuh semangat nak tengok gerhana bulan ni, ajak la sekali Marina dengan Kak Mona. Nak tengok sorang-sorang macam seram je..hehe..Jam 1.30 a.m kami pun bergerak  keluar dari bilik menuju ke tempat yang lapang dalam kawasan mahallah kami ni. Ingatkan kami bertiga je, tapi ada juga sister-sister lain nak menyaksikan fenomena alam yang indah ini. Berperang dengan nyamuk pun ada juga malam tadi..haha..

Di sini adalah beberapa gambar yang sempat sy snap..tapi tak la secantik atau sebesar gambar yang diambil oleh  Malaysia Lunar Ecipse . Rasa seronok dapat menyaksikan gerhana bulan dari awal sampi pertengahan. Aik? kenapa pertengahan? Hmm..macam ni..lebih kurang pukul 3.25 a.m awan tebal dan menutup bulan..Kami tunggu sehingga 4.15 a.m namun bulan masih lagi dilitupi awan.




















Lepas pic ni tiba-tiba awan tebal melitupi bulan..memang dah tak nampak langsung bulan tu..kalau nak tengok yang lagi besar anda bole tengok kat facebook  Malaysia Lunar Eclipse dari awal sampai akhir fenomena gerhana bulan penuh..tunggu sampai 4.15 a.m pun tak muncul-muncul juga. Akhir sekali buat pilihan tidur sebab ada kelas pukul 10 a.m.