Subscribe:

Maintain

" Mengapa tidak untuk berhusnuzon, sedangkan itu lebih mulia.
Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini,sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e "
From:iluvislam.com

 

Di penghujung semester  ni masing-masing sibuk dengan exam, mesti nak dapat result yang terbaik..terutamanya DEAN LIST .
Tapi sy tak kisah DEAN LIST tu..yang penting result mesti MAINTAIN, kalau tak habis la biasiswaku.....


STUDY + STRUGGLE + DOA + TAWAKKAL = SUCCESS


To Mr. Army : Who will be the WINNER for this semester? Wait and see on 31 January 2012...

Lunar Eclipse & Experiment

Pada 10/12/11 bersamaan dengan 14 Muharam 1433H ( malam 15 muharam ) gerhana bulan penuh telah berlaku diseluruh dunia . Kalau tak silap, gerhana bulan kali ni dah masuk kali ke-2 untuk tahun ini. Sebelum ini gerhana bulan penuh berlaku pada 16/6/11 bersamaan dgn 14 Jamadil akhir 1432H. Boleh tengok pada entri sy lepas ni , klik disini .


Alhamdulillah kali ni dapat tengok dengan jelas dan siap buat eksperimen sekali. Mula la sy sibuk mesej kawan2 tengok gerhana, solat sunat gerhana dan tak lupa juga family kat rumah untuk buat eksperimen ni sekali. Nak tahu eksperimen apa? Sila tatap puas-puas gambar di bawah ini...hehehe....

Eksperimen telur berdiri disebabkan tarikan graviti yg tinggi

Peace pada telur..haha

Alang2 sebiji..baik susun semua telur yang ada

Siap bentang tikar tgok gerhana ni....dh macam picnic..angin sedap je...

Nak buat bentuk hati tak jadi2..haha

Dari jauh je la..snap pic  pn bkn guna DSLR

Subhanallah..

Cantik!!!

Half...

Wow!! terangnya...


 Lokasi : Belakang rumah Kak Limah.




Kalau anda nak tahu banyak lagi fenomena yang menarik selain telur berdiri ni. Antaranya berat badan kita akan bertambah semasa gerhana berlaku, air laut menjadi pasang . Fenomena ini berlaku kerana daya tarikan graviti yang tinggi. Sekian....

Berjalan Tanpa Henti

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia......



Bila hayati lirik lagu ni, mmg mberi kesan kt dalam jiwa ni..Walaupun kumpulan Devotees kat Uiam, mmg tak pernah nampak la muka diorang ni kecuali masa konsert,maklum la kuliyah lain2..haha..Btw dalam carta nasyid ikim lagu ni mendapat saingan yang hebat dgn lagu "Dengan KuasaMu-Nur One"..so..sbb tu la blog sy ni letak lagu Dengan KuasaMu..nanti kalau dah bosan tukar Berjalan Tanpa Henti plak..^_^
 

Menarik !!

Tidak payah bersentuhan tangan,
Kerana mereka sudah bersentuhan hati,
Tak payah berbalas kerlingan mata,
Kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa...



"Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-segalanya. MENCINTAI SESEORANG HANYA KERANA ALLAH dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka."
(Bukhari, Kitab: Iman 1/77, No.16. Muslim, Kitab: Iman 1/66, No. 43)




Sy copy entry ni dr Cik Merah Jambu ..menarik utk dibaca thnks Cik Pink...

Untuk Muhd Faris

Dikesempatan ini Kak Long nk ucapkan " selamat berkhatan " !!!  Jgn nervous2 tau dik..harap mata je besar..jiwa pun kena kental mcm askar...hahaha...Kak Long tak boleh balik minggu ni sebab ade bnyk kerja..mesti bosan kan tak ada Kak Long kt rmh...bosan sebab tak ada teman nak gaduh, dengar Kak Long membebel...hehehehehe

Jgn lupa jaga pantang makan minum lps dh sunat nt..orang laki ni bila dah sunat dia dh jadi orang besar..dah tak boleh NAKAL dan MANJA sangat..so...semoga menjadi anak  yg soleh cemerlang, gemilang , terbilang !!! 

Merah menyala baju ko nih..sakit mata..haha