Subscribe:

Target semester 1 2011/2012

  1. Asgmnt mesti siap awal.
  2. Nota untuk semua subjek mesti lengkap!!
  3. Sentiasa bersedia untuk semua peperiksaan dan kuiz.
  4. Kerja JANGAN BERTANGGUH Cik Hidayah...
  5. Dahulukan hal-hal yang PENTING dari hal yang KURANG PENTING.
  6. Sem ni sy perlu kalahkan 2 orang berdasarkan GPA siapa paling tinggi (x perlu mention siapa orangnya sb nt jd kontroversi..hehe )
  7. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi..haha...
  8. Cool and relax..
  9. Find a replacement untuk Encik Eric sy..
  10. Langsaikan hutang PTPTN.
  11. Berusaha BALIK RUMAH sebulan sekali  *mcm la boleh* huhu

Esok Jangan Rindu-rinduan..

GURINDAM JIWA

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan


Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati


Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga


Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan


Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
 
 
 
-Lirik lagu ni memang membawa maksud yg mendalam tp sy sendiri x tau nk huraikan mcm mana..hehe
- Kebetulan..ramai plak yang menyanyi lagu ni hari ni, kt ym ade yg mnyambung,kt bilik member2 pn ade lagu ni ..(agaknya majoriti dalam mood rindu kt family)
-Jom dengar lagu ni!! hehehe ^_^
 
 

Welcome back!!

Welcome back to IIUM...

Semester baru telah bermula hampir seminggu. Macam-macam hal yang terjadi. Biasa la, awal-awal sem ni memang banyak masalah terutamanya untuk add&drop subject,venue kelas,lecture dan macam-macam la. Mungkin Universiti lain mempunyai sistem yang berlainan. Tapi, student uia ni memang kena BERDIKARI dari awal semester..hehe

Hari pertama memang bersemangat nak pergi add manual subjek...untuk 2 subjek je..TAPI!! kena ulang alik dari building HS-IRK memang sakit la kaki..tapi,demi ilmu kena la bersungguh-sungguh kan. Jumpa lecture minta tanda tangan,pergi department buat benda yang sama,pergi academic affairs pun buat benda yang sama. CABARAN...

Apa yang SERONOK masa sem ni (setakat ni la...akan datang x tau) lecture semua ok2 je, member-member dalam kelas pun kebanyakannya dah kenal masa mula-mula masuk sini. Assingment baru dapat 1...hehe..

Yang PENTING masa belajar ni jangan banyak MERUNGUT dan elakkan dari STRESS..

Baru Join kelab ni..macam best!!