Subscribe:

في عيد ميلادي

بسم الله الرحمن الرحيم


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana diriku masih diberi peluang untuk bernafas di alam ini. Kini, genap usiaku 20 tahun dan perjalanan hidup menjadi semakin mencabar, jalan yang berliku dan bersimpang-siur itu akanku tempuh dengan semangat jihad fi sabilillah..InsyaAllah..^_^




Kepada mak dan abah :-
  • Doakan anakmu ini menjadi anak yang solehah,yang boleh mendoakanmu di dunia dan di akhirat.
  • Doakan anakmu ini  dapat mengecapi kejayaan di dunia dan akhirat. 


Kepada adik-adikku:-
  • Kak Long sayang adik-adik Kak Long, dari luaran Kak Long memang garang tapi jauh dilubuk hati ni ada kasih sayang yang adik tidak nampak.
  • Belajar rajin-rajin, kasihan dekat Mak dan Abah mencari rezeki untuk kita semua supaya dapat hidup dengan selesa sehingga hari ini. 
  • Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa kita.


Kepada sahabat-sahabatku:-
  • Majoriti di antara kita semua masih menuntut ilmu,ada yang dah nak konvo,ada yang bekerja dan ada yang dah nak berkahwin. Saya doakan anda semua berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.
  • Sentiasa mengingati sahabat handai kita (^_^)..
  • Ukhuwah fillah..


Kepada semua :-
  • Kenapa saya dah lama tak update blog??

Tolong orang cari hadis dalam kamus ni..banyak tau..tapi ada manfaatnya.



Program Tamrin Qiyadi di Maahad Lughatul Quran (jadi fasi)


CouRse schedule untuk Sem 1 2011/2012- Menyusun time table sendiri sambil mencari lecturer yg ok =)


Course schedule utk sem 3 2010/2011- risau kalau tak dapat add subject sb section dh penuh =(



Yuran Uia naik RM 37.50..KAMI PERLU PENJELASAN!!




TERAKHIR

BABY FACE TGH MARAH..KNP?? SEBAB SY DIPAKSA TUKAR MAHALLAH SECARA TIBA2 JE =(



P/S : Saat dia ucapkan Happy Besday..tiba-tiba air mataku mengalir...huhu



Karen Ikan + Buah Asam

بسم الله الرحمن الرحيم
 Adat duduk dikampung,pasti ada sahaja aktiviti yang menyeronokkan. Entri kali ini mengenai karen ikan + buah asam. Erm..macam pelik je kan? hehehe..Karen ikan tu macam mana? Mesti anda semua tertanya-tanya.



"Karen ikan" ni orang kampung je panggil macam ni. Tapi kalau orang bandar tak tahu la apa gelarannya. Sebenarnya, petang tadi pergi bersiar-siar di jelapang padi kampungku. Tengah seronok jalan-jalan ni, nampak la orang tengah tangkap ikan menggunakan arus elektrik yang dihasilkan daripada bateri motor. Hmm...sy pun tak tahulah macam mana mereka cipta alat ni..hehe..






Masukkan batang yang berarus elektrik ke dalam air, tak lama tu ikan pengsan sekejap (5 minit).  Raba guna tangan je dh dapat tangkap ikan tu.



Penonton setia..anak-beranak dengan orang kampung..hahaha




Tunggu ikan naik atas..siap sedia dengan penyaruk ikan...

ha...ni la ikannya..besar!! haruan,puyu,sepat siam dan keli.



Memasukkan ikan ke dalam karung jaring..



Besarnya seperti betis manusia..ikan haruan ni baik untuk kesihatan.





Sambil-sambil menonton orang tangkap ikan tu..para ibu ni sibuk la kait buah asam kat rumah orang yang dekat dengan kawasan sawah..Upss..bukan main kait je..tapi dah mintak izin dulu dari pemiliknya..hehe..

Upss!! apa ni? Buah asam la..hehe


Si kembar yang khusyuk melihat para ibu kait buah asam...haha

Ahaa...ni buah asam kt belakang rumah sy..muda lg..hehe




Buah asam yang sepruh masak,dikupas kemudian campurkan dengan kicap dan gula..SEDAPNYA!!!



Ha...nampakkan? Betapa seronoknya duduk kat kampung ni..macam-macam benda menarik ada..^_^

Menghembuskan nafas terkahir kerana ........

بسم الله الرحمن الرحيم

Terpancar sedikit kedukaan dihati ini apabila seorang daripada penduduk kampungku meninggal dunia dengan keadaan yang amat sedih. Pagi itu arwah ke kedai untuk sarapan pagi, tiba-tiba arwah terbatuk-batuk sehingga pengsan. Tidak lama kemudian ambulan datang untuk membawanya ke hospital. Malangnya arwah menghembuskan nafas terakhir ketika perjalanan ke hospital. Setelah dibedah siasat,punca kematian adalah disebabkan paru-parunya tersumbat. Hal ini berlaku kerana arwah kuat merokok sehingga rokok itu dicampur dengan garam. Sy sendiri tidak dapatkan bayangkan macam mana. Semoga rohnya dicucuri rahmat...amin..





Wahai muslimin..ambillah perhatian terhadap khabar ini...

Isu : Apakah sebenarnya hukum merokok? Dulu dengarnya makruh,sekarang pula haram,kenapa?

Hukum : Haram tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat merbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta orang lain. Kajian itu belum didapati oleh ulama terdahulu ketika menghukumkannya makruh.



Dalil : 'Dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk' (surah al-a'raf 7:157)\

"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan..." ( Surah al-baqarah :195). Berdasarkan kesepakatan doktor yang bijaksana lagi dipercayai,merokok termasuk dalam punca-punca yang menyebabkan kebinasaan tanpa kerugian.

"Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau" (surah al-Isra' 17:26-27). Merokok adalah satu pembaziran yang memusnahkan keluarga dan ekonomi.

Hadis riwayat Abu Daud di dalam sunannya,katanya: "Harun bin Abdullah mmenceritakan kepada kami,katanya, Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami,katanya, Yunus bin Ishak menceritakan kepada kami daripada Mujahid daripada Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah SAW melarang mengambil ubat-ubatan yang keji". (hadis sahih)


-Ubat yang keji pun syarak melarangnya apatah lagi mengambil mengambil ibu segala kekejian iaitu rokok.

- Buat penjual rokok,ketahuilah bahawa salah satu punca rezeki perniagaan anda tidak berkat ialah kerana
   menjual rokok. Untuk apa keuntungan seringgit dua jika boleh menghancurkan anak bangsa?

-Buat perokok,berusahalah sehabis daya untuk berhenti merokok. Merokok itu kehinaan kerana itulah
  perokok biasanya memilih tempat-tempat pembuangan najis dan tersorok untuk merokok.

Sumber : Denyut Kasih Medik ( Info Fiqh Medik)



FENOMENA HARI INI

  • Makanan terdedah kepada asap rokok? selerakah anda untuk menjamu selera? Selesakah?
  • Kebanyakkan perokok akan sudah ma'aruf dengan bahaya merokok,tetapi mengendahkannya dengan pelbagai alasan.
  • Peniaga sesuka hati menjual rokok kepada individu yang masih dibawah umur.
  • Di mana peranan ibu dan ayah dalam mendidik anak? Kalau ayah pn merokok..anak pun ikut sama. Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya. Bapa borek anak rintik.
  • Hargailah nikmat kesihatan yang telah diberi oleh Allah.

Dear smokers,

Please get a plastic bag for yourself whenever you want start smoking.
So you can enjoy the smoke 100% by yourself, i dont want any percent of it.
And some of my friends, too.
...

Di Kala Musim Menuai Padi

بسم الله الرحمن الرحيم


Pernah tak anda terfikir nasi yang kita makan hari-hari tu dari mana asalnya, macam mana prosesnya sebelum menjadi beras. Teringat pada seorang sahabat pernah berkata "selama ni aku tengok sawah padi cuma kat plastik beras je"..ha...ceritanya bermula dengan sawah padi la..

Hmm..bukan senang nak uruskan sawah padi ni, kena pilih anak benih yang elok, proses penyemaian,penyulaman,pembajaan,kawalan serangga perosak,padi angin..semua perlu dijaga dengan baik kalau inginkan hasil yang terbaik..penat tau * mcm pernah buat je semua tu*..haha..Abah sy la yang uruskan semuanya..anak dara duduk kt rumah tolong mak..yang bujang tolong Abah kat sawah.

So..anda lihatlah keadaan bagaimana padi dituai..


Padi yg berumur lebih kurang 3 bulan
    
Bila dh masak,warnanya kuning keemasan..siap sedia utk dituai..


Ni yg geram..padi kt blakang rmh die tuai lps mghrib..huh!!

  
Mesin jentuai..New Holland

Rehat jap..hehe

Cuba anda fikir,,mcm mne padi yg kecil 2 boleh msuk dlm mesin sebesar ni???




Ha..masa mesin ni tgh berjalan,burung2 akn follow utk cari ikan



Beginilah keadaan selepas dituai


Lepas tu kena guna jentera sabit utk bersihkan jerami 






Selepas disabit..jd mcm ni la..togel...haha
Akhir sekali kena bakar jerami utk memusnahkn benih padi angin 




  
















Wahai kaum Hawa...

بسم الله الرحمن الرحيم

Tip usaha mencari jodoh bagi kaum wanita. Ya, wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya?

  1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan yang tinggi di dunia dan di akhirat.  Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya,serahkanlah 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
  2. Berusaha  mengawal diri supaya jangan gedik,mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu mudah untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki ( hanya dengan sedikit godaan berupa SMS,call,puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.
  3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka,saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.
  4. Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan,pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda dimatanya.
  5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.
  6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik,mintalah dia merisik dengan cara yang lebih yang mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa,bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oelh Rasulullah S.A.W.
  7.  Ada sedikit nasihat dan anda mungkin dah baca pada entry yg dahulu..klik disini : ungkapan indah buatmu



 "Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sumber : Denyut Kasih Medik .

The Best Info for You

Isu : Perlukah bersuci dan solat bagi pesakit?



Hukum : Gugur kewajipan pada bahagian yang tidak mampu dilakukan sahaja.


  • Pada asalnya pesakit wajib bersuci dan sempurna dengan air, sekiranya mampu berbuat begitu sama ada melakukannya sendiri atau dengan bantua orang lain.
  • sekiranya penggunaan air akan menambahkan lagi penyakit atau melambatkan kesembuhan maka berpindahlah kepada kaedah tayamum. Klik disini untuk info tayamum.
  • Sekiranya tidak mampu menggunakan air dan tanah,solatlah mengikut keadaan dan kemampuannya tanpa perlu menggantikan semula solat itu.
  • Wajib ke atasnya menunaikan solat dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring atau dengan isyarat mata mengikut kemampuan.

Dalil; " Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...." ( Surah Al-Baqarah 2 : 286)

         " Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan bersusah payah dalam agama"

         " Kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu 
           bertayamum dengan tanah,debu yang suci..." ( Surah al-Nisa' 4 : 43)

          " Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu hendaklah dalam keadaan duduk dan
             jika tidak mampu juga,hendaklah dalam keadaan berbaring." (Riwayat al-Bukhari)



Pesanan  :  -Simpanlah rasa takut kepada Allah dengan menjauhi pembohongan semata-mata untuk
                   mengelakkan diri daripada melakukan kewajipan syarak.
                 - Info ini dari rujukan Isu-isu Fiqah Perubatan Semasa oleh Syeikh Walid bin rasyid al-
                    Su'aidan,terjemahan oleh Dr. Basri Bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari,terbitan al-Hidayah.


Sumber salinan : Denyut Kasih Medik ( Dr, Farhan Hadi)

Ku Damba Redha-Mu

Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintamu tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku... ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhamu.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintamu
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya...

Rap:
Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintamu tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangmu yang tiada bertepi
Setiap hambamu tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambamu tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah... redhailah....

Aku bersaksi bahawa kau sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan 

Album baru Devotees

  •  Lagu baru untuk blog sy..masa rap tu macam kelakar sikit..tapi lirik lagu ni best..hehe

Say GooDBye..tata

02/04/2011- Hari terakhir di UIAM. Masih lagi dalam proses packing..banyak kot!! Nasib baik ada pak cik sy yang MUDA ni nak jemput. Rasa tidak puas hati terhadap pengurusan hostel disini sebab tiada stor untuk simpan barang,kalau nak simpan barang pun kena cas RM3.50/day..kalau sebulan sewa,kan mahal..kesian kat kawan-kawan yang duduk jauh. Sedih pula nak tinggalkan uia ni, mesti rasa rindu kat library ( tempat lepak paling strategik),kawan-kawan, kakak rumate sy!! lecturer..hmm...

C4.2- Kak Su, Kak As, Kak Mira

Siakap 3 rasa..nyum!!

Hati-hati...panas tu..hehe
Malam tadi sempat lagi makan sama-sama dengan kakak rumate,siakap tiga rasa dan lauk-pauk yang menyelerakan...sedapnya!!hehe..ukhuwah fillah,abada-abadan..


10/05/2011- Insyaallah akan melanjutkan pelajaran bagi semester ke-3 atau short sem, stay kat rumah lama-lama pun otak berkarat,baik belajar selagi hayat dikandung badan. Rasa teruja nak masuk kuliyyah FIQH..sy suka fiqh dan cinta fiqh..hehe..orang cakap masuk kuliyyah susah,tapi x kisah la. Ilmu itu luas dan kalau kita ikhlas Insyaallah akan membawa manfaat pada kita semua.

Marina Lestari.Nurizzah Hassan,Bangsawan,En Siyah, Mona,Zakirah dan Zaharah jaga diri baik-baik ea.Walaupun sem akan datang tak sama bilik,tetapi  tali persahabatan itu tak akan putus walau jarak dan masa menjadi halangan..luv u all..

Buat rakan-rakan yang masih lagi berhadapan dengan imtihan..bittaufiq wannajah..see u all pada semester akan datang. Dont forget me..hehehe(^_^)