بسم الله الرحمن الرحيم
Terpancar sedikit kedukaan dihati ini apabila seorang daripada penduduk kampungku meninggal dunia dengan keadaan yang amat sedih. Pagi itu arwah ke kedai untuk sarapan pagi, tiba-tiba arwah terbatuk-batuk sehingga pengsan. Tidak lama kemudian ambulan datang untuk membawanya ke hospital. Malangnya arwah menghembuskan nafas terakhir ketika perjalanan ke hospital. Setelah dibedah siasat,punca kematian adalah disebabkan paru-parunya tersumbat. Hal ini berlaku kerana arwah kuat merokok sehingga rokok itu dicampur dengan garam. Sy sendiri tidak dapatkan bayangkan macam mana. Semoga rohnya dicucuri rahmat...amin..
Wahai muslimin..ambillah perhatian terhadap khabar ini...
Isu : Apakah sebenarnya hukum merokok? Dulu dengarnya makruh,sekarang pula haram,kenapa?
Hukum : Haram tanpa keraguan mengikut ulama kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sangat merbahaya untuk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta orang lain. Kajian itu belum didapati oleh ulama terdahulu ketika menghukumkannya makruh.
Dalil : 'Dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk' (surah al-a'raf 7:157)\
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan..." ( Surah al-baqarah :195). Berdasarkan kesepakatan doktor yang bijaksana lagi dipercayai,merokok termasuk dalam punca-punca yang menyebabkan kebinasaan tanpa kerugian.
"Dan janganlah kamu membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau" (surah al-Isra' 17:26-27). Merokok adalah satu pembaziran yang memusnahkan keluarga dan ekonomi.
Hadis riwayat Abu Daud di dalam sunannya,katanya: "Harun bin Abdullah mmenceritakan kepada kami,katanya, Muhammad bin Basyar menceritakan kepada kami,katanya, Yunus bin Ishak menceritakan kepada kami daripada Mujahid daripada Abu Hurairah r.a. katanya: "Rasulullah SAW melarang mengambil ubat-ubatan yang keji". (hadis sahih)
-Ubat yang keji pun syarak melarangnya apatah lagi mengambil mengambil ibu segala kekejian iaitu rokok.
- Buat penjual rokok,ketahuilah bahawa salah satu punca rezeki perniagaan anda tidak berkat ialah kerana
menjual rokok. Untuk apa keuntungan seringgit dua jika boleh menghancurkan anak bangsa?
-Buat perokok,berusahalah sehabis daya untuk berhenti merokok. Merokok itu kehinaan kerana itulah
perokok biasanya memilih tempat-tempat pembuangan najis dan tersorok untuk merokok.
Sumber : Denyut Kasih Medik ( Info Fiqh Medik)
FENOMENA HARI INI
- Makanan terdedah kepada asap rokok? selerakah anda untuk menjamu selera? Selesakah?
- Kebanyakkan perokok akan sudah ma'aruf dengan bahaya merokok,tetapi mengendahkannya dengan pelbagai alasan.
- Peniaga sesuka hati menjual rokok kepada individu yang masih dibawah umur.
- Di mana peranan ibu dan ayah dalam mendidik anak? Kalau ayah pn merokok..anak pun ikut sama. Melenturi buluh biarlah daripada rebungnya. Bapa borek anak rintik.
- Hargailah nikmat kesihatan yang telah diberi oleh Allah.
0 Comment:
Post a Comment