Subscribe:

The Best Info for You

Isu : Perlukah bersuci dan solat bagi pesakit?



Hukum : Gugur kewajipan pada bahagian yang tidak mampu dilakukan sahaja.


  • Pada asalnya pesakit wajib bersuci dan sempurna dengan air, sekiranya mampu berbuat begitu sama ada melakukannya sendiri atau dengan bantua orang lain.
  • sekiranya penggunaan air akan menambahkan lagi penyakit atau melambatkan kesembuhan maka berpindahlah kepada kaedah tayamum. Klik disini untuk info tayamum.
  • Sekiranya tidak mampu menggunakan air dan tanah,solatlah mengikut keadaan dan kemampuannya tanpa perlu menggantikan semula solat itu.
  • Wajib ke atasnya menunaikan solat dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring atau dengan isyarat mata mengikut kemampuan.

Dalil; " Allah tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...." ( Surah Al-Baqarah 2 : 286)

         " Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan bersusah payah dalam agama"

         " Kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu 
           bertayamum dengan tanah,debu yang suci..." ( Surah al-Nisa' 4 : 43)

          " Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu hendaklah dalam keadaan duduk dan
             jika tidak mampu juga,hendaklah dalam keadaan berbaring." (Riwayat al-Bukhari)



Pesanan  :  -Simpanlah rasa takut kepada Allah dengan menjauhi pembohongan semata-mata untuk
                   mengelakkan diri daripada melakukan kewajipan syarak.
                 - Info ini dari rujukan Isu-isu Fiqah Perubatan Semasa oleh Syeikh Walid bin rasyid al-
                    Su'aidan,terjemahan oleh Dr. Basri Bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari,terbitan al-Hidayah.


Sumber salinan : Denyut Kasih Medik ( Dr, Farhan Hadi)

0 Comment:

Post a Comment