Subscribe:

Malu

عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا
شِئْتَ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. ((Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.))


Maksud "malu"
Malu ialah perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji.

Sumber "malu"
Hati

Jenis-jenis "malu"
  1. Malu asli - Datang dari hati sejak kita dilahirkan ,ketika bayi lagi kita telah dipakaikan pakaian yang menutup anggota badan.
  2. Malu yang lahir kerana usaha - Mengenali Allah merasai muraqabah  Allah.

Pengajaran hadis:

Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat. Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan. Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah. Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

Sejarah malu : Kisah Putri Nabi Syu'aib ( Surah Al-Qasas : 23-27 )

      Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpa di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia menjumpa di belakang orang banyak itu, dua orang wanita yang sedang menghambat (ternaknya). Musa berkata: "Apakah maksudmu (dengan berbuat at begitu)?" Kedua wanita itu menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya".
 
       Maka Musa memberi minum ternak itu untuk (menolong) keduanya, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku".

      Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan, ia berkata: "Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami". Maka tatkala Musa mendatangi bapaknya (Syuaib) dan menceritakan kepadanya cerita (mengenai dirinya), Syuaib berkata: "Janganlah kamu takut. Kamu telah selamat dari orang-orang yang zalim itu".

         Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya"
 
        Berkatalah dia (Syuaib): "Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu bekerja denganku delapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu Insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik".
 
 


   Malu ni perkara yang positif kan? Ia mendorong kita ke arah kebaikan. Tapi malu perlu bertempat dan kita perlu bersikap profesional dalam melaksanakan sesuatu perkara. Janganlah sampai dalam majlis ilmu pun kita malu untuk bertanya kerana malu seperti itu adalah tidak bertempat. Ehem.. Saya ni pun pemalu orangnya..hehehe


                                            MALU ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Senangnya Dalam Hati

         Indahnya suasana kita dihari ini ceria,bersama bermesra!!..Mentang-mentang la UNIC baru datang UIA, bernasyid je la..hehe

          Alhamdulillah senangnya dalam hati kerana hari ini merupakan hari yang gembira buat diri sendiri,bagaimana pula dengan anda? Ingat, kegembiraan tidak kekal selamanya begitu juga dengan kesedihan kn? (peringatan untuk diri sendiri juga) Ok, nak cerita sikit kenapa hari ni rasa special sangat..bermula dari pagi..
  1. Ada orang bagi hadiah coklat durian. Ingatkan durian yang betul-betul,nasib baik coklat je, senang sikit nak bawa. Coklat ni pun salah satu penyelesaian kepada masalah memilih coklat masa Halal Fair..dapat juga coklat, dah lama tak ada orang bagi coklat, macam sayang nak makan..haha
  2. Selesai dengan declaration minor, Head Department lambat sangat nak sign, last2 kakak kat department cakap nanti dia akan hantarkan kat G.O. Senang, sy tak payah nak pergi G.O yang sentiasa sibuk tu.
  3. Selesai hutang PTPTN sebanyak RM 11250, dua kali bayar. Terima kasih kepada LOAN ( Mak&Abah) . Lebih baik berhutang dengan mak abah daripada hutang dengan PTPTN, sebab semakin lama berhutang semakin meningkat hutang .
  4. Pengurusan kewangan masa depan. Melabur saham untuk jangka masa yang lama. Ni kena bersabar sikit,bila dah grad nanti Insyaallah ada hasil. Tapi ingat!! Jangan tamak kerana orang yang tamak selalu rugi. 
  5. Hari ni 1 sen pun tak keluar duit, ada orang belanja makan..Alhamdulillah,jimat sikit.
  6. Adik telefon " Kak Long bila nak balik? Rindu la.." Senyum lebar bila dengar adik cakap macam tu, kalau duduk kat rumah hobi memang bergaduh je la..bila dah jauh RINDU!! Tuai padi antara masak,esok jangan layu-layuan,intai kami antara nampak,esok jgn rindu-rinduan..^_^
  Sekian untuk kisah " Senangnya dalam hati "