Subscribe:

Good Luck!!

Doakan yang terbaik untuk saya serta sahabat-sahabat yang lain juga. Semoga dipermudahkan dan diberi ketenangan ketika menjawab soalan peperiksaan akhir semester 3 2010/2011.


29/07/2011 - 1) Bhs Melayu komunikasi untuk 
                         Kerjaya 
                     2) Advanced Tilawah Al-Quran 1

02/07/2011 - 1) Quranic & Prophetic Texts






 

~~~Nota Cinta~~~

 
Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi

Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia

Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa

Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah

Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah 
 
 

Birrul Walidaini

Birrul Walidaini   (   برّ الوالدين    ) bermaksud berbuat baik kepada ibu bapa. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh insan yang bergelar "anak" tanpa mengira ibu bapanya itu beriman ataupun sebaliknya.

Renungi ayat-ayat ini...

  • Maksud Surah Al-Israa ayat 23-25 :

    Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

    Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

    Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

  • Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah amalan yang disukai oleh Allah Ta'ala. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dalam sahih bukhari daripada Abdullah, katanya :
    "Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."
     
  • Kita mempunyai ibu bapa dam kita patut bersyukur kepada mereka. Dengan adanya mereka kita lahir kedunia dan mngenal segala isinya, malah dengan jasa mereka kita dapat kenikmatan yang melimpah ruah.

    "Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu, hanya kepada-Ku kamu kembali." (Luqman:14)
     
  • Perbuatan derhaka dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar.

    Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)

    Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang kuat beribadat, tetapi apabila di saat kematiannya dia tidak dapat mengucap syahadah kerana perbuatannya menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cinta kepada isterinya.Melihat keadaannya yang nazak, Nabi mengancam untuk membakarnya, tetapi apabila ibunya datang dan memaafkannya, azab yang menimpa Alqamah berakhir.Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.

  • Hayatilah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

    "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)
    
 

Video ini mengisahkan perintah Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa.

 P/S : Video tu dalam bahasa arab. Jadi..beruntunglah siapa yang tahu dan faham bahasa  arab ^-^ Happy Father's Day....semoga kita semua tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh dan solehah.

Gerhana Bulan Penuh

السلام عليكم


Fenomena gerhana gerhana bulan penuh  merupakan salah satu daripada tanda kebesaran Allah. Ia sangat indah dan menakjubkan. 16/6/2011 berlakunya gerhana bulan penuh bermula 1.22 a.m sehingga selepas subuh.

Ha...dengan penuh semangat nak tengok gerhana bulan ni, ajak la sekali Marina dengan Kak Mona. Nak tengok sorang-sorang macam seram je..hehe..Jam 1.30 a.m kami pun bergerak  keluar dari bilik menuju ke tempat yang lapang dalam kawasan mahallah kami ni. Ingatkan kami bertiga je, tapi ada juga sister-sister lain nak menyaksikan fenomena alam yang indah ini. Berperang dengan nyamuk pun ada juga malam tadi..haha..

Di sini adalah beberapa gambar yang sempat sy snap..tapi tak la secantik atau sebesar gambar yang diambil oleh  Malaysia Lunar Ecipse . Rasa seronok dapat menyaksikan gerhana bulan dari awal sampi pertengahan. Aik? kenapa pertengahan? Hmm..macam ni..lebih kurang pukul 3.25 a.m awan tebal dan menutup bulan..Kami tunggu sehingga 4.15 a.m namun bulan masih lagi dilitupi awan.




















Lepas pic ni tiba-tiba awan tebal melitupi bulan..memang dah tak nampak langsung bulan tu..kalau nak tengok yang lagi besar anda bole tengok kat facebook  Malaysia Lunar Eclipse dari awal sampai akhir fenomena gerhana bulan penuh..tunggu sampai 4.15 a.m pun tak muncul-muncul juga. Akhir sekali buat pilihan tidur sebab ada kelas pukul 10 a.m.

Orang-orang yang CuRaNG!!

السلام عليكم

ِCURANG?  Ada banyak jenis curang dalam dunia ni. Tapi kali ni sy nak ceritakan pasal CURANG dalam PERNIAGAAN.

Wahai umat Islam, seperti yang telah disebutkan dalam surah Al- Mutaffifin, yang bermaksud orang-orang yang curang. Allah SWT menjelaskn balasan yang akan diterima oleh orang yang menipu dalam perniagaan. Mereka menipu semasa membuat timbangan .Contohnya semasa menimbang beratnya dikurangkan ataupun mereka meletakkan sesuatu pada timbangannya supaya timbangan menjadi lebih berat. Perbuatan curang itu seperti itu tidak disukai Allah SWT.. hayatilah kisah jual-beli Al- Mutaffifin di bawah ini dalam Bahasa Arab dengan terjemahan Bahasa Melayu.


Dalam surah ini juga turut disebutkan mengenai SIJJIN dan ELLEYEEN..apakah yang dimaksudkan dengan Sijjin dan Elleyeen?


Sijjin   =   Kitab yang berisi catatan amal perbuatan jahat.
Elleyeen   =  Kitab yang berisi catatan amal perbuatan baik.


Sama ada kita sedar atau terleka bahawa di bahu kanan dan kiri kita ada 2 Malaikat yang mencatat amalan baik dan jahat kita. Jadi, sama-samalah kita memperbaiki diri dari semasa ke semasa supaya kitab Ellyeen lebih tebal daripada kitab Sijjin. 

P/S - Harap anda semua dapat merujuk Surah Al- Mutaffifin untuk maklumat yang lebih terperinci.

Insafnya Seorang Insan Setelah Azab yang Dilaluinya

Mereka mengaut keuntungan atas kesengsaraan si perokok.
Itu tanggapan awal saya setiap kali kerajaan menaikkan duti eksais rokok dengan alasan "rokok membahayakan kesihatan."
Saya tidak pernah membantah tentang bahaya dan puakanya menghisap rokok ini.
Saya setuju malah agama sendiri telah membariskan surah yang melarang kita merosakkan tubuh badan dan membahayakan kesihatan.
Ramainya juga maklum perbahasan ini.

"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan," - Surah al-Baqarah, ayat 195

Bagi saya ayat ini terpakai bukan sahaja untuk yang merokok, bahkan jika kita memandu laju di jalan raya dengan mengundang celaka kepada nyawa dan orang di sekeliling kita, ianya juga satu larangan keras dari agama.
Ya, saya bukan nak berhujah tentang surah atau bercerita seperti orang yang pandai agama tetapi nak bercerita tentang natijah dan padahnya pengalaman yang saya lalui selama menjadikan rokok sebagai teman hidup.
Saya berjinak dengan rokok, sewaktu berusia 15 tahun ketika gelodak jiwa dan perasaan dihambur seribu macam masalah yang bertimpa.
Kononnya dengan merokok dapat menyelesaikan atau sekurang-kurangkan mengurang beban di fikiran. Begitulah dangkalnya minda yang belum matang.
Ternyata rokok sebagai teman duka lara tidak banyak membantu, bahkan menambahkan lagi satu masalah baru, iaitu ketagihan.
Dengan harga yang mahal, sebagai pelajar seperti saya, sering mencari akal dan alasan untuk meminjam atau meminta duit daripada sang ayah untuk memenuhi kehendak nafsu itu.

"Mereka yang berhenti merokok setelah mendapat serangan jantung memiliki kemungkinan untuk meninggal 10 kali lebih sedikit dibandingkan mereka yang terus merokok."

Itulah sebabnya, kalau pelajar hisap rokok, mereka mesti 'steng' atau kongsi sikit seorang. Kadang-kadang sebatang kongsi lima orang.
Ianya sesuatu yang 'luxury' (mewah) dan sering digambarkan sebagai seorang yang mempunyai 'gaya dan keunggulan' dan dipandang hebat di mata ramai.
Itu dari sisi pandang seorang perokok. Bagi yang memandang, pasti menyampah!
Di asrama, aneka helah dicerna untuk memastikan ketagihan itu dapat dilunasi. Bayangkanlah, kalau ditangkap kerana menghisap rokok, tak cukup tanah dikerjakan cikgu sekolah.
Oleh itu pelbagai cara digunakan untuk menyembunyikan hanya sebatang rokok.
Antaranya sorok di sisi stoking, sebatang pen yang diubah suai, sesuai dengan saiz batang rokok, siling sekolah, batang-batang besi katil yang mempunyai lubang kecil dan 1001 macam cara untuk menjadi 'penjenayah' tidak bertauliah.
Saya menjadi 'social and regular smoker' pada usia 20an, ketika bertugas sebagai pengemaskini data dan sijil saham di sebuah syarikat saham di ibu kota.
Kerja adakalanya melangkaui, lewat masa dan tamat sehingga subuh hari. Mata kadang-kadang terpejam celik.
Justeru, kononnya untuk menahan mata menjadi 'terang', rokok dijadikan ubat penawar.
Seperti biasa, ubat yang disangka penawar hanyalah dongengan semata tetapi menambah bala, apabila mula batuk tak berhenti pula.
Yang disangka teman atau penawar, rupanya racun berbisa, tak bermata.


Tidak mudah berhenti merokok
Itulah sebabnya, saya simpati dengan si perokok dan sebenarnya tidak mudah untuk berhenti rokok.
Kalau sudah terjebak, cukup perit untuk berjuang meninggalkannya.
Saya berusaha berhenti merokok tiga kali sepanjang hidup ini. Fasa pertama ketika berusia 22 tahun. Berazam tekad dengan cara berdikit-dikit.
Dari 10 batang sehari, berkurang menjadi tujuh, kemudian tiga, seterusnya sebatang sehari. Akhirnya saya berjaya berhenti selama sebulan.
Terkejut juga badan. Tiga hari saya demam dan menggelisah. Macam orang ketagih dadah lagaknya.
Apatah lagi bila tengok kawan-kawan berkepul asap di depan mata.
Ada pula yang tidak menyokong, bahkan memberi rokok percuma berbatang-batang, supaya saya terus bersama seiring sejalan dengan mereka.
Kemudian, saya kembali semula menghisap. Kali ini lebih 'advance'. Dua kotak sehari. Satu rokok jenis biasa dan satu rokok jenis kretek.
Lebih parah, ketika saya membuat kerja-kerja buruh, menanam anak benih pokok getah di kaki bukit.

"Rakan serta keluarga anda tidak hanya harus menghadapi penyakit akibat merokok yang anda alami, kebiasaan merokok anda juga akan meningkatkan risiko mereka untuk sakit dan meninggal. "


Waktu kerja terik di bakar mentari, lebih gian dan kuatlah rokok dicucuh api.
Fasa kedua, saya cuba cara tradisional. Ambil kelapa muda, belah dan kemudian tembakau rokok di rendam di dalam air kepala itu. Lepas itu minum.
Cukup teruk rasanya dan cukup dramatiklah gayanya, apabila saya kemudiannya muntah!
Ya, bertahanlah saya selama 30 hari sahaja. Bau dan asap rokok cukup tidak menyenangkan.
Tetapi lama kelamaan, ketagihan itu melebihi daripada perasaan tidak mahu merokok.
Rupanya, bukan cara berhenti yang menjadi pokok pangkalnya, tetapi keazaman yang kuat.
Ada beberapa mitos, yang diceritakan bahawa tembakau rokok ini 'disemah' dan jampi terlebih dahulu.
Ada juga yang kata, yang ianya dibancuh dan disiram dengan arak terlebih dahulu.
Ada juga kata, rumput pertama yang dipijak syaitan, setelah ditendang keluar dari syurga itulah yang dinamakan tembakau.
Macam-macam cerita. Ada hadis dhaif dan palsu. Semuanya saya tidak tahu, yang saya tahu, ianya benar-benar membuatkan seseorang ketagih!

Kerajaan kaut untung atas derita si perokok
Sebenarnya selain Fasa Satu dan Fasa Kedua, telah ada beberapa siri kecil, saya berusaha mengadakan protes kepada rokok ini. Kerana pada saya ianya tidak menambah nilai atau memberi sebarang makna.
Cuma yang lebihnya ialah menambah satu penyakit demi penyakit dan menambah wang demi wang untuk menikmati ketagihan.
Malah sumpahan, cacian dan bencinya manusia kepada si perokok juga turut menjulang tinggi. Itu sahajalah yang menambah.
Itu tidak termasuk batuk berdarah, sakit dada, semput, sukar bernafas, pening dan tak bermaya.
Selain itu, menjadi seorang perokok ini bukanlah sesuatu yang membanggakan.
Bayangkan gaya hidup yang tidak sihat dan sanggup berkorban apa saja semata-mata untuk menyedut nikmat asap dan candu.
Saya sanggup bersusah payah keluar rumah jam 3.00 pagi, semata-mata, mencari bekalan rokok. Lihat betapa gian dan bahananya menghisap rokok.

 "Bila perokok menghentikan kebiasaanya, 79 % dari mereka akan bertambah berat badannya, namun pertambahan rata-ratanya hanya 2.3kg, bersenamlah segera!"

Tidak cukup dengan itu, kita penting diri sendiri. Asap yang berkepul, dihidu insan tak 'berdosa' terutamanya si kecil yang tercungap-cungap, cuba menghirup udara nyaman.
Satu lagi, kalau ketandusan wang, ada masanya, terkial-kialnya mencari puntung-puntung lama, untuk dicucuh api, dan dihisap semula.
Macam orang gila, mengaih sampah. Betapa, malunya watak itu, kalau ditonton ramai. Tak percaya, tanyalah kepada yang pernah melalui saat getir itu.
Satu lagi sifat merokok ini, tidak mungkin tidak, ianya ada ciri-ciri seorang 'pengotor.' Tak mungkin tidak, seorang perokok, akan membuang rokoknya di mana sahaja, bumi dipijak dan puntung dijunjung.
Jalan raya, kaki jalan, taman bunga, ladang, bangunan, kubur malah kawasan hospital pun, tidak lepas dengan sikap pengotor ini.
Selepas itu, sudahlah ada ketagihan yang sukar dibendung, kerajaan pula ambil kesempatan kaut untung atas sengsara si perokok.
Betapa malunya menjadi sang perokok.
Sudahlah disumpah, dicerca oleh orang ramai kerana mempunyai tabiat yang tidak elok, kemudian dianiaya pula oleh kerajaan, dengan menaikkan cukai dengan tidak semena-mena.
Dengan alasan-alasan seperti ramai perokok yang tegar, masalah kesihatan perokok yang semakin meruncing dan gejala rokok di kalangan pelajar sekolah semakin berleluasa maka kerajaan seperti biasa mencari jalan mudah dan pintas menyelesaikan masalah tersebut dengan menaikkan harga rokok!
Seorang pembaca menimbulkan persoalan sama ada bersungguh dan ikhlas kerajaan dalam memerangi rokok yang telah dibuktikan membahayakan kesihatan ini atau barangkali, kerajaan lebih suka membiarkan gejala ini berleluasa dan berterima kasih dengan ketagihan perokok ini supaya dapat mengaut keuntungan yang banyak.

Pohon kepada Allah
"Memang benar sama ada dinaikkan atau diturunkan harga, fenomena rokok amatlah sukar dibendung secara total, tetapi membiarkan perokok mendapatkan bekalan rokok dengan mudah adalah satu tindakan kerajaan yang perlu dipersoalkan," katanya dalam satu laman surat pembaca dua tahun lalu kepada saya."
"Kerajaan dan umum mengetahui, perokok yang ketagihan akan terus berusaha dengan segala kepayahannya untuk mendapatkan bekalan rokok meskipun harganya terlalu tinggi," tulis pembaca itu.
Saya simpati kepada nasib perokok. Apalagi yang tinggal kepada si perokok kalau ketagihan mereka dipermainkan dan dijadikan umpan?
Tak mengapalah tetapi saya tidak ada cara lain lagi untuk berhenti merokok. Sudah cukup banyak ianya menyeksa saya. Wang, masa dan tenaga, dihabiskan untuk sebatang nan durjana ini. Saya tidak ada pilihan lain, melainkan berhenti dengan serta merta!
Macam-macam cara saya guna. Dan saya sering teringat kata seorang teman tentang rokok.


"Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat.. oh yaa! dan juga merokok!"
"Setiap hari, walaupun mungkin tidak haram tetapi kau buat kerja yang tidak disukai Allah, pasti sukar mendapat rahmat dari-Nya. Pasti, tidak ada kecukupan dan berkah dalam kehidupan," katanya membuatkan saya terkedu seketika.
Tidak ada cara lain, melainkan memohon pertolongan Allah. Allah sahaja yang tahu sengsaranya hidup sebagai sang perokok. Di luar bergaya, di dalam malapetaka.
Saya mula berdoa dengan melafazkan kata-kata khusus, supaya Allah 'mengkhatamkan' hati saya, untuk tidak merokok lagi.
"Ya Allah. Berhentikanlah tabiat menghisap rokok ini. Hanya pada-Mu sahaja yang berkuasa mengubah hati. Tutuplah hati dan perasaan ingin merokok ini. Aku tidak mahu merana lagi dan tidak mahu melakukan seuatu yang tidak kau redhai," pinta saya sewaktu sujud yang lama.
Bersungguh-sungguh saya pohon. Kerana saya yakin dan pasti, persoalan hati dan semangat yang kuat adalah urusan Allah untuk kabulkan.
Sehinggalah pada suatau malam sekitar akhir tahun 2005, ketika menyala sebatang rokok, mulut saya rasa begitu pahit dan tekak mula menjadi loya menjadikan hati saya terasa begitu mual, benci dan tidak mahu lagi untuk terjebak dengan ketagihan yang memalukan.
Alhamdullilah, doa saya yang tidak putus-putus untuk berhenti merokok, dikabulkan tuhan dan tuhan telah menyelamatkan saya sekali lagi.
Dan, kini sudah hampir empat tahun, hidup saya semakin tenang, fikiran makin matang dan nafas kembali segar dan udara untuk dihirup setiap pagi, di kala subuh terasa cukup nikmat!
Kepada yang berhajat untuk berhenti, sesungguhnya ruang pengampunan dan pertolongan Allah Maha luas, pintalah nescaya diperkenankan.
Kepada yang mahu juga mencuba, cubalah tetapi hadapilah 'azab' yang saya lalui selama 10 tahun menjadi sang perokok.
Kepada yang mahu mencuba, lupakan saja, kerana bimbang-bimbang sukar untuk kembali ke pangkal jalan!
Kepada yang ingin membantu, jangan caci dan hina si perokok tetapi bantu bimbing semangat mereka kerana mereka juga manusia biasa....

Sumber : http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/839-mengapa-aku-berhenti-merokok.html

Merajuk !!

Hari ni bermula dengan semangat yang membara seperti hari-hari yang lain..
Mood baik,hati senang, tenang je...


Plan hari ni memang nak pergi library..
Edit assingment dengan seorang sister ni....
Dah siap-siap semua...
Pakai sandle turun tangga menuju ke libray..


Tiba-tiba....
tengah turun tangga dari hostel teringat sesuatu..
" Dayah..hari ni besday Sultan Mizan kn"
Oh...tidak!! kalau dah besday SBP Yg Di Pertuan Agong mesti la public holiday kn?
Dengan perasaan tidak puas hati..masuk bilik semula..
buka laptop ( iium library website) untuk tengok kalendar library..
Hasilnya

Jun 4 - Sat

Birthday Celebration Of SPB Yg Di Pertuan Agong
Ha!! memang confirm la library tutup..sama tarikh dengan hari ni..
perasan hampa+kecewa+bengang
 menyelubungi diri...
perasaan ni sama macam kelas yang dibatalkan untuk berucap hati tu...frust la :(
Ok fine..1 hari ni nak MERAJUK tak nak buka BUKU!!

Kaki Novel ke??

بسم الله الرحمن الرحيم



Aha...kaki novel? Novel ada kaki ke? hahaha.."kaki novel" ni perumpamaan bagi orang suka sangat baca novel.
Tapi agak-agak korang la kn? Sy ni tergolong dalam kalangan "kaki novel" ke?

Jawapannya : Sy kurang minat baca novel. Bukan "tak suka baca". Ramai yang mengatakan perempuan ni memang dah serasi melekat dengan novel. Sebab tu boleh keluar ayat jiwang-jiwang, puisi-puisi yang mantap dan sebagainya..hehe..

Sy mcm tu ke? Terpulang la korang nk nilai sy ni mcm mana pn..huhu...
Sejak sy lahir sampai la umur 20 tahun ni..cuma ada 4 je novel yang khatam dibaca..wah..sikit je kn? Hm..novel mana la yang bertuah tu kn..^_^



Novel Pertama yang sy baca..pnjam spe pny novel ntah...dh lama sgt..x igt...tp novel ni mmg best la!!


Novel ke-2 yang sy baca..ni pn zaman sekolah menengah.

Novel ke- 3..pnjam dr pk cik..
Novel ke-3..beli dgn duit sendiri ( UIAM)

Novel ke-5..belum khatam lagi...haha
La...kate ade 4 je novel yang dh hbis bce...yg ke-5 apa cerita?
Macam ni.."Tautan Hati" pinjam dengan En Siyah sejak sem 2...sampai la sekarang dah masuk sem 3, sy cuma baca sampai bab 3 je..baki yang lain tak tahu la bila nak habiskan..Tebal sangat la..buku kuliyyah pun tak mampu nak khatamkan inikn novel yang tebal ni...hehe..

Sekarang ni...novel yang masih wujud cuma Denyut Kasih Medik (sebab beli sendiri) dgn Tauntan Hati (pnjam dr kwn). Novel yang lain pinjam dr kawan masa kecik-kecik dulu..ada yang dah hanyut dalam banjir dan terbakar..agak-agak novel mana yang malang tu?

Kalau korang perasan sampai 2 novel Harry Potter sy baca kn? Peminat filem harry potter la katakan..masa dulu-dulu nak pergi cinema & beli DVD tak mampu..sebab tu baca novel..sekarang ni dah mampu sikit..tengok DVD je la..now...I'm waiting for this movie.

Coming soon on 14 July 2011

Terlalu Frust !!


Hari ni mmg hari frust sedunia ke? Oh tidak!!! 
Sgt kecewa dgn kejadian pd pagi ni...huhu

Sejak malam td slps isyak smpi la midnight...
kerjanya asyik mengahafal teks ucapan sbb kena berucap utk kls jam 10.30 a.m ni..
ok fine...10.25 dh terpacak kt dalam kls..mmg dh ready 100% nk berucap ni...



Tunggu pny tunggu...sampai jam 11.20 a.m....
1 suara kedengaran...
" KELAS BM KERJAYA HARI INI DIBATALKAN, DAN AKAN DIGANTI PADA HARI LAIN"



Oh tidak!!! mmg geram + frust = redha...
Sy dh bersemangat nk berucap dlm kls hari ni..tiba-tiba kls batal...
Dh la 1 jam tgu lec x dtg2...hmmm....
SABAR ITU SEPARUH DRPD IMAN