Subscribe:

Antara 2 Cinta ^_^

    Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam...
17/02/2011 telah diadakan 1 forum bertajuk "Antara 2 Cinta"..
Ahli panel terdiri daripada Al-fadilah Fatimah Syarha dan Al-fadil Akhil Hayy....
Diriku menghadirkan bersama En Siyah( nama yang unik) dengan hati yang ikhlas...



Antara input yang kami dapat :

  • Jangan kotorkan cinta kita dengan fitnah duniawi.
  • Besar mana kita melakukan dosa, besar lagi keampunan Allah.
  • Cinta ibarat Raja yang mempunyai pengaruh besar kepada semua pancaindera kita.
  • Bila jatuh cinta terhadap seseorang, uruskanlah cinta itu dengan baik.
  • Allah sangat romantik.
  • Hidup makin maju tetapi ketandusan akhlak ( masyarakat pada masa sekarang)
  • Bagaimana bercinta kerana Allah- Ustazah Fatimah Syarha
                -Apabila jatuh cinta terhadap manusia maka muhasabahlah diri kita.
                -Semak balik bagaimana cara si dia menawarkan cinta
                -Membuat penilaian terhadap si dia adakah si dia jatuh cinta kerana agama,keturunan,pangkat
                   atau harta?
               - Hubungan yang rapuh tapi ingin kekal ( bercinta main2)




Konklusinya...Yang haram itu sedikit dan sekejap sahaja tetapi yg halal itu banyak dan kekal abadi ( Fatimah Syarha)



~~~Ungkapan Indah Buatmu~~~

Jika mahu mendapatkan yang soleh,
Kurangkan agenda menCARI si soleh,
Tetapi berusahalah menJADI yang solehah,
Jika inginkan yang solehah,
Janganlah cerewet menCARIyang solehah,
Tetapi berusahalah menJADI yang soleh.


Bertemu yang solehah,
Solehahnya dia belum kekal,
Bertemu yang soleh,
Solehnya boleh berubah,
.........

kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa,
Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk 
MENJADI, bukan MENCARI...

P/S : Disebabkan ramai yang tanya pasal kata-kata ni, sy post kan nya dgn full,yg kt tepi blog tu cuma separuh je. Kata-kata ni sy dapat dr seseorang yg istimewa..jadi,renung-renungkanlah dan hayati kata-kata ini..sematkan di dalam jiwa anda...=)

Especially for You (^_*)

Salam..
Tanggal 5 Feb 2011 merupakan ulang tahun kelahiran mak saya yang ke-43..
sebelum tu memang dah rancang nak nuat kejutan untuk mak..hehe..
Mula-Mula berangan dulu ( cewah!!!)...
  1. Belikan kek untuk mak.
  2. Kek yang macam mana kan? Mesti la yang sedap-sedap kan..
  3. Nak sambut kat mana?


Akhirnya..pada tarikh keramat tu kami semua berada di Negeri Perak Darul Redzuan..
Sehari sebelum kejadian dah mula buat research kat mana SECRET RECIPE yang terdekat...
Yess!!!! dapat..kat Sitiawan..terus dial nombor nak tempah kek..
Antara TIRAMISU  dan  CHOCOLATE FUDGE..mana yang sedap??
Bila dah call, Tiramisu tiada..Jadinya pilih Choc Fudge...
Fuh!! memang tak rugi la sebab sedap!!!





Jeng...Jeng..Jeng.....

  
Nampak gempak je kan,...hahaha...sedap!!!             

Selamat hari lahir yang ke-43 SAYANG MAK!!!


cHOcolate FUDGE


tengok je dah tau sedap kn?nak tau harga semak kt website secret recipe ea...hehehe
Cak!!! ni la mak saya...i luv u mum!!!!
 Ada orang cakap,mahalnya harga  kek ni..tapi sy tak kisah pun..demi yang tersayang..
Sebenarnya kek ni hampir menjadi milik 'seseorang' tu..tapi masa tu tiada rezeki...
Jadi.....mak saya la yang dapat...sorry wak...hehehe...puas hati dapat sambut hari jadi mak dengan secret recipe...(^_^)


Wassalam.............................

Rumahku Banjir,Kampungku Tenggelam

Salamun..salamun kamiskil khitam...
Ingatkan nak update pasal hartun karun lagi..
Tapi tak jadi,maaflah ye...ada musibah melanda family saya..

28/01/2011-1/2/2011....
Hujan berterusan tanpa henti,sinaran matahari pun menjadi kelam...
Orang lain sibuk pindah randah ke pusat banjir,tapi keluarga saya TENANG je..
Kononnya rumah tak akan banjir laa..hehe...pagi Selasa (1/1/2011)
Bermula 7.00 am air dah masuk ke dapur..nasib baik kami dh bersedia awal-awal,
Barang-barang penting semua dah letak tinggi-tinggi,tinggal selamatkan diri je lagi..
9.00 am..air mencecah hingga ke paras lutut...

waktu pagi..bila petang hampir sampai ke paras tingkap

banjir-banjir!!



Air yang begitu deras sekali..bahaya!!

Dewan kampungku yg tenggelam
Mangsa-mangsa banjir cuba masuk ke dalam kampung untuk menyelamatkan barang-barang 
haa..jln nk masuk rumah pun tenggelam..paras pinggang ni..
Kubota bapaku yang banyak berjasa( angkut orang kg keluar), ni pun tengah bersiap angkat barang nk pindah ke pusat banjir.



Akhir sekali kami membuat keputusan balik ke Perak..
Firdaus dengan Abah tinggal tengok-tengok rumah...
Dengar-dengar air semakin naik..risauuu..padi pn tenggelam..
Cepat-cepat la surut air ni...