Subscribe:

Marilah kita berkasih sayang kerana-Nya

Assalamualaikum..

Hari ni sy update blog mengenai Doa Rabitah..Doa Rabitah?? Apa tu?
Ha..macam ni kawan-kawan....Doa rabitah merupakan sebahagian dari risalah Al –Mathurat , iaitu wirid yang dibaca oleh aktivis dakwah pada pagi dan petang, baik sebagai rangkaian wazhifah kubra atau sughra. Biasanya dilakukan secara sendirian atau berjemaah. Doa Rabitah ni istimewa sangat daripada doa-doa yang lain..nak tahu kenapa? Sebabnya..

  • Doa ini disusun untuk para aktivis dakwah, agar mereka selalu mengingat prinsip-prinsip perjuangan dengan membaca do’a ini.
  • Doa ini bertujuan mengkonsolidasikan dan menyatukan hati pada aktivis dakwah
     
  •   Dengan doa  ini kita memahami bahawa gerakan dakwah adalah jamaah.
  • Dengan do’a rabitah ini kita memahami bahawa dakwah telah menyatukan para aktivis dari pelbagai generasi semenjak ada kegiatan dakwah di mukabumi ini sehinggalah ke hari kiamat.
  • Dulu...cikgu sy cakap,kalau awk benci seseorang tu..baca la doa ni sambil bayangkan muka orang yang kita benci tu, lama-kelamaan perasaan benci tu boleh hilang..Insyaallah..ikhlaskan hati masa doa ni..
  • Ups..bukan untuk orang yang kita benci sahaja..tapi untuk orang yang kita sayang pun boleh supaya hubungan yang terjalin itu akan kekal untuk selamanya dalam meninggikan syariat Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم


اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ , قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ                              

وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ                                       

وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ                                                    

فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا                                  

وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا                                                    

وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ, وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ                          

وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ                       

إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ                                  

اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu,

bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu,

hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar,

serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap,

lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu,

hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu.

(Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenankanlah doa kami..."





Oleh itu..marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini  dan berkasih sayang kerananya ^_^

Terkejut !!

السلام عليكم



TERKEJUT??? Ish..Kenapa?? Kenapa?? 

Boleh dikatakan mcm ni la muka sy bila x bole login blog :(

Kenapa ye? Tak kan la betul  khabar angin yang mengatakan bahawa blogger yang guna account yahoo akan ditutup? Ala....mcm mana nak tukar ke account google tapi stay dengan blog yang same? Harap-harap Che Lan boleh tolong kite..huhu...


Seterusnya..untuk short-sem assignment memang the best la...lain daripada yang lain..*siapa suruh ambil short-sem..padan muka!!*

Ini adalah senarai assignment untuk sem 3

  1. Bhs Melayu Kerjaya - Masyarakat Madani Masyarakat Berjaya ( submit- before 6/6/2011)
  2. Advance Tilawah Quranic - Qiraat Al- Kasai (submit- 2 weeks before final exam)



Hmm...harap-harap sempat la sy siapakan semua assignment 3 minggu sebelum final exam, lepas tu terus nak ulangkaji subjek-subjek untuk final exam. "Ya Allah..Permudahkanlah segala urusanku ketika menuntut ilmu-MU,jauhilah aku dari sifat malas dan sifat bertangguh-tangguh, sesungguhnya hamba-MU ini memerlukan pertolongan dari-Mu"

~Apa yang DIA aturkan adalah yang terbaik_NKTM~

السلام عليكم

Alhamdulillah..dapat juga sy tengok NUR KASIH THE MOVIE hari ini..
Overall memang best la!! Masa mula-mula air mata dah terkeluar *hati tisu*...hehe



Gara-gara takut tiket habis,pukul 10 a.m dah terpacak depan Berjaya Times Square..Kami ( Sy & Majidah) kira yang terawal juga la beli tiket..

Masa ni kaum Adam patut pergi masjid kn? Tp still ada juga dalam GSC..

Siapa yang belum tengok mesti tertanya-tanya soalan ni  :

  1. Kenapa Alyah (isteri Aidil)  meninggal ?
  2. Antara Adam dan Aidil siapa yang pergi dulu? Tp bila masanya?
  3. Kenapa Aidil datang JOrdan?
  4. Adam dengan Nur dapat anak lelaki ke perempuan?
  5. Kenapa Adam dan Nur pergi Jordan?
  6. Macam mana Adam boleh jumpa cincin Nur ? Kenapa cincin tu boleh hilang?
  7. Kenapa dalam trailer tengok Aidil cedera teruk? 
  8. Siapa selamatkan Adam?
  9. Masa Nur bgtau Adam yang dia pregnant..Apa terjadi lepas tu?

Apa yang yang sy suka/dapat dlm NKTM ni?

  1. Kuasa Allah tiada batasan.
  2. Allah adalah yang utama dalam semua perkara/masalah.
  3. Cinta antara suami dan isteri yang tidak berbelah bagi sehingga sanggup berkorban nyawa.
  4. Janji seorang abang terhadap adiknya dilaksanakan.
  5. Kasih sayang ibu terhadap anak-anaknya.
  6. Jangan pandang rendah terhadap orang yang jahil ilmu Allah,kita perlu bantu mereka mendekati Allah.
  7. Kesedihan yang teramat apabila kehilangan orang yang paling disayangi.
  8. Jangan mudah berputus asa.

Sempena entri NKTM..sy letak Music Box lagu "Tanpa-MU" by Sabhi Saddi ft Helena. Ia juga merupakan salah satu lagu dalam NKTM.

Ehem!!

السلام عليكم.....

Tiba-tiba rasa entry semalam macam tak best. Memandangkan hari ini hari Ahad dan dah tak ada kerja nak buat,update je la my lovely blog ni..hahaha..

ًUntuk sem 3 2010/2011 ni sy ada tiga subjek yang berjumlah 5 credit hour.

  1. Bahasa Melayu Komunikasi dan Kerjaya.
                 

     2 . Advance Tilawah Quranic.

                            


     3.   Quranic and Prophetic Texts.

Tebal tau buku ni...huhu
                             
Sebenarnya tujuan utama update blog pagi-pagi ni sebab nk share satu video yang sy post kt Facebook..Bukan nak cerita pasal subjek short-sem (saje nk penuhkan entry :p)...haha..



Ehem..ehem..video ini hanya sesuai untuk golongan orang-orang yang dah matang je..sesiapa yang belum matang boleh dijadikan iktibar..hik..hik..hik...

Telah tiba saat yang dinantikan + Awas kepada PEREMPUAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam bertemu kembali kepada anda semua....


Alhamdulillah..setelah 2 sem berada di bawah program PRE-SESSIONAL sy dan para sahabat telah berjaya melepasi program itu. Kini dengan rasminya sy bergelar UNDERGRADUATED STUDENT BAC. OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HERITAGE (FIQH&USUL FIQH). * sekarang ni belum declare major atau minor lagi*..hehe..Dah lama tau tunggu saat ni..Akhirnya dengan berkat kesabaran dan usaha, dapat juga gelaran undergraduated. Alhamdullillah..




Astagfirullah....

Tengah khusyuk nk update blog tiba-tiba je dapat panggilan dr Mak kesayanganku. Padahal baru je petang tadi call..



Mak :  Along, jangan selalu keluar buat masa sekarang ni..

Along : Ala..knp? baru plan nak jalan-jalan kt Masjid Jamek..borong baju ke..beg ke..hehe

Mak : Mcm ni..tadi mak tengok berita. Kejadian SIMBAH ASID semakin menjadi-jadi..dah 23 orang kena simbah asid..yang mak takutkan..mangsanya semuanya PEREMPUAN. Along jangan keluar tau dr UIA.

Along : SERAMNYA  mak!! ish..x jadi nk g jalan-jalan..



=Oleh itu, jika anda seorang perempuan,berhati-hatilah ketika keluar berjalan. Pastikan tingkap dan pintu kereta anda tertutup rapat.