Subscribe:

Marilah kita berkasih sayang kerana-Nya

Assalamualaikum..

Hari ni sy update blog mengenai Doa Rabitah..Doa Rabitah?? Apa tu?
Ha..macam ni kawan-kawan....Doa rabitah merupakan sebahagian dari risalah Al –Mathurat , iaitu wirid yang dibaca oleh aktivis dakwah pada pagi dan petang, baik sebagai rangkaian wazhifah kubra atau sughra. Biasanya dilakukan secara sendirian atau berjemaah. Doa Rabitah ni istimewa sangat daripada doa-doa yang lain..nak tahu kenapa? Sebabnya..

  • Doa ini disusun untuk para aktivis dakwah, agar mereka selalu mengingat prinsip-prinsip perjuangan dengan membaca do’a ini.
  • Doa ini bertujuan mengkonsolidasikan dan menyatukan hati pada aktivis dakwah
     
  •   Dengan doa  ini kita memahami bahawa gerakan dakwah adalah jamaah.
  • Dengan do’a rabitah ini kita memahami bahawa dakwah telah menyatukan para aktivis dari pelbagai generasi semenjak ada kegiatan dakwah di mukabumi ini sehinggalah ke hari kiamat.
  • Dulu...cikgu sy cakap,kalau awk benci seseorang tu..baca la doa ni sambil bayangkan muka orang yang kita benci tu, lama-kelamaan perasaan benci tu boleh hilang..Insyaallah..ikhlaskan hati masa doa ni..
  • Ups..bukan untuk orang yang kita benci sahaja..tapi untuk orang yang kita sayang pun boleh supaya hubungan yang terjalin itu akan kekal untuk selamanya dalam meninggikan syariat Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم


اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ , قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ                              

وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ                                       

وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ                                                    

فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا                                  

وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا                                                    

وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ, وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ                          

وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ                       

إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ                                  

اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ


Terjemahan:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu,

bertemu di atas ketaatan kepada-Mu dan bersatu bagi memikul beban dakwah-Mu,

hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu.

Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan hati-hati ini, tunjukilah hati-hati ini akan jalan yang sebenar,

serta penuhkanlah (piala) hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap,

lapangkanlah hati-hati dengan limpahan keimanan serta keindahan tawakkal kepada-Mu,

hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu.

(Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenankanlah doa kami..."





Oleh itu..marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini  dan berkasih sayang kerananya ^_^

0 Comment:

Post a Comment