Subscribe:

Cara Rasulullah Menggunakan Minyak Wangi

"Ada tiga (pemberian) yang tidak boleh ditolak,
iaitu bantal,minyak wangi,dan susu."
(Riwayat Tirmizi,Abu Syaikh,dan Baghawi)

  • Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan,
                                                                            كان لرسول الله سكّة يتطيّب منها     
       
  Maksudnya: "Rasulullah S.A.W memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya beliau mengharumkan 
 diri."
( Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ibnu Sa'd)

  • Tsumamah Ibnu Abdillah meriwayatkan,
 كان أنس بن ملك لا يردّ الطّيب وقال أنس : إنّ النّبيّ كان لا يردّ الطّيب
        
  Maksudnya: "Anas ibnu Malik tidak pernah menolak pemberian minyak wangi. Ia berkata, sesungguhnya Rasulullah S.A.W tidak pernah menolak pemberian minyak wangi."
( Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Nasa'i, dan Ahmad)

  •  Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W.  bersabda,
           ثلاث لا تردّ: الوسائد، والدّهن، واللّبن.
 
Maksudnya: "Ada tiga(pemberian) yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal,minyak wangi, dan susu."
(Riwayat Tirmidzi, Abu Syaikh, dan Baghawi)-Hadith hasan.
 
  •  Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda,
طيب الرّجال ما ظهر ريحه وخفي لونه. وطيب النّساء ما ظهر لونه وخفي ريحه               

 Maksudnya: " Wewangian  bagi lelaki adalah wewangian keras aromanya dan warnanya tidak jelas. Sedangkan wewangian bagi perempuan adalah wewangian yang warnanya jelas dan aromanya tidak menyengat."
(Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa'i, dan Ahmad )


* Rujukan dari Syamail Muhammad S.A.W. keperibadian Rasulullah.
* Pesanan kpd kaum Hawa...berpada-padalah ketika memakai atau menggunakan minyak wangi..(^_^)