Subscribe:

Nilai Mahar Nabi Musa terhadap Puteri Nabi Syu'aib

Ketika Nabi Musa melarikan diri menuju ke Madyan, baginda terserempak dengan sekumpulan orang  ramai yang sedang memberikan minuman untuk binatang ternakan mereka. Di belakang mereka terdapat dua wanita yang sedang menghambat binatang ternakan. 

Musa     : Mengapakah kamu berbuat demikian? (menghambat binatang ternakan)

Wanita  : Kami tidak dapat meberi minum kepada ternakan kami, sebelum pengembala-pengembala menghalau ternakan mereka. Bapa kami pun sudah tua. 

Setelah mendengar penjelasan dua wanita itu, lalu Nabi Musa memberikan minuman kepada ternakan mereka dan kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa : " Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau (Allah) turunkan kepadaku.”

Maka pulanglah dua wanita itu ke rumah dan menceritakan apa yang telah berlaku kepada bapa mereka (Nabi Syu'aib). Sebagai tanda terima kasih, Syu'aib ingin memberikan upah kepada Musa. Dalam keadaan tersipu-sipu malu, salah seorang puteri Syu'aib pergi berjumpa Musa dan berkata: "Sesungguhnya bapaku menjemput engkau supaya dia memberikan  engkau upah terhadap (jasa) engkau memberi minum (ternakan) kami."

Tatkala Musa datang kepada Syu'aib dan menceritakan mengenai dirinya lalu Syu'aib berkata:"Janganlah engkau takut. Engkau telah selamat daripada orang yang zalim itu." 

Lalu salah seorang dari puterinya berkata : "Wahai bapaku! Ambillah dia sebagai pekerja, sesungguhnya lebih baik jika yang diambil bekerja itu seorang yang kuat dan dipercayai."   

Syu'aib  : Sesungguhnya aku bermaksud mengahwinkan engkau (Musa) dengan salah seorang daripada anak-anak perempuanku ini.

Musa     : Aku setuju, tetapi bagaimana dengan nilai maharnya? Aku tiada harta kerana ketika melarikan diri ke sini keadaanku sehelai sepinggang.

Syu'aib  : Jangan bimbang, Sebagai maharnya, engkau perlu bekerja di ladang kambingku selama 8 tahun  dan jika engkau cukupkan sepuluh tahun, maka itu adalah dengan kerelaan engkau sendiri, dan aku tidak akan memberati engkau. Dan engkau, Insya'llah akan mendapati aku termasuk orang yang baik.
 
Musa     : Jika begitu maharnya, mana sahaja daripada kedua waktu itu aku sempurnakan, maka tidak ada tuntutan lain atas diriku. Dan Allah adalah al-Wakil (Penjaga) atas apa yang kita ucapkan.

Yang Terindah

Assalamualaikum..

1 syawal 1433H disambut meriah oleh kami sekeluarga. Tahun ni semua ahli keluarga ada dan bertambah seorang lagi, Acik Hassan yang turut menyambut syawal pertama bersama kami sekeluarga. Tema tahun ni warna hijau. Tak kisah la hijau apa pun. Semua nampak comel je..hehe






Kemudian,sibuk pula  dengan program Rehlah Aidilfitri. Untuk sahabat-sahabat Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran. Saat ni memang indah, sekejap sahaja kita semua dapat berjumpa. Terharu dan gembira kerana ada beberapa sahabat yang sudah 8 tahun tidak jumpa dan kami berjumpa kembali di Rehlah Aidilfitri. Semoga ukhuwah kita berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dalam kesibukan, rindu terhadap anda semua sentiasa terbuku di hati.  ^_^












Tidak lupa juga buat teman-teman yang sudi menghadirkan ke rumah sy. Cuma kenal Afham sorang je. Yang lain daripada tak kenal, jadi kenal. Memang tak sangka sampai juga ke Kampung Telok Rimba yang terpencil ni. Walaupun terpencil tapi indah dengan sawah padi dan suasana kampung. Lain kali datang la lagi ye. Boleh ambil gambar banyak-banyak.





Sumber : Fb Syahid Sanusi


Hanya seminggu beraya di kampung. Ohhh!!! memang tidak puas beraya lagi. Namun tugas di UIAM harus dilaksanakan. Sebagai komiti Taaruf Week IIUM, tugas yang perlu dilaksanakan adalah menolong STADD untuk menguruskan pelajar baru. Ditugaskan sebagai biro "Special Task" yang diketuai oleh Mohd Khalid (BABA) dan Aziah (MAMA). Sebelum melakukan tugasan, kami perlu mengikuti Induction Course di Tanjung Karang, Selangor. Pelbagai aktiviti diadakan seperti menangkap belut, kacau dodol, berkayak dan banyak lagi. Sangat seronok bekerjasama dengan anda semua. Inilah program besar yang memberikan banyak pengalaman kepada kami hatta hubungan kami MESRA seperti sebuah keluarga.






Committees Special Task Taaruf Week 2012/2012


Tidak lupa juga dengan CONVEST 12 sebagai sponsorship. Agak susah untuk mencari sponsor . Namun, itulah pengalaman...Good Luck Convest!!!

Akhir sekali..nak mintak maaf kepada kawan-kawan yang hantar hantar mesej tapi tak berbalas, ada yang call nak borak lama-lama tapi sekejap je dapat. I'm so sorry!!!! Masa tu sibuk dengan program, sekarang ni dah lapang sikit, kalau ade credit akan berbalas la mesej yang di beri (^_^)

Temporarily busy



1) Mid-term and final exam
     6/7/12 - 14/7/12

2) Open Day and Mass Gathering IRKHS'S
     July - September 2012

3) Sponsorship for convocation fiesta (wonder wolrd )
     July - October 2012

4) Rehlah Aidilfitri
     23/8/2012


Do the best !!!
Be professional

Rumah ke Mini Zoo?

        Semalam petang sampai je rumah ada durian gugur, sampai adik cakap " Kak Long, ko balik je durian baru gugur, tau2 je ko nak balik hari ni, pastu Abah ade beli cempedak " Itu rezeki namanya Daus oii...haha..baru nak kurus sikit balik rumah macam-macam ada...

        Berbalik kepada tajuk , setelah sebulan tak balik rumah macam-macam benda ada kt rumah ni. Paling banyak haiwan. Rumah ke Mini Zoo?

Akuarium dengan ikan-ikan yg kecil

Angsa ni saudara yg bagi ,Mak panggil dieorg ni Cik Ang..Cik Ang ni jinak, tak kejar org pn

Hamster, sedara bagi jugak..kt rmh ni digelar sebagai Wonderpet

Burung punai dimiliki oleh Abah

Burung terkukur..Abah pnya jgak

Ok..ni gambar dekat burung punai jantan

Baby bunnies tgh tidur kesejukan !! Dah besar sikit, seekor dh mati tinggal 4

Inilah Black

Sebelah kiri namanya Johnny yg belah kanan  tak tau la gegirl ke boboi sbb sepasang

Ini Mama kpd baby bunnies..eh, macam tau2 je org nk snap pic die

Petang-petang lepak kt belakang rumah, duduk kt kerusi ni sambil berangan..haha
Ada buaian!!
Raja buah

Ayam pun ada..tukang berkokok kejut org bangun qiam agaknya..hehe
Ini belibis, tak tau la ejaan sebenar macam mana,ada orang cakap ni itik air..boleh terbang mcm burung



  Semakin MERIAH rumahku...


Husband and Wife

To get the pious wife, man has to be the pious first...right?
Purity starts here (Quran 24:26)

Dear Sisters
Do you know who is the righteous husband?

1) He is the man who will choose you because the woman you are not because of a tight jeans or a short dress,

2) He is the man who will appreciate your loose Hijaab even before seeing you with beautiful haircut, attractive clothes and make-up,

3) He is the man who lowered his gaze so that you become the only woman he sees,

4) He is the man who chose you to be his gift from Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) for fighting temptations of other women,

5) He is the man who preserved his heart for you, only you so that you can live in it peacefully,

6) He is the man whose love will make you stronger,
He is your gift from Allah!!

7) He will love you for Allah's sake, May Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) grant you a pious and loving husband that will help you draw closer to Allah (Subhanahu Wa tala)
 
Source : Imran Hishamuddin ( IIUM ONLINE )

Wedding Khairunnisa & Aliff

Macam best je jd pengantin..sama-sama cantik& hensem..



          Tahniah diucapkan kepada sahabatku Khairunnisa yang telah bergelar seorang isteri kepada suaminya Aliff. Semoga bahagia di dunia dan di akhirat. Orang pertama batch 2008 SMALQ yang mendirikan rumah tangga. Majlis akad nikah diadakan pada petang jumaat (11 Mei 2012) dan majlis bersanding pada 12 Mei 2012.

        Dari Gombak bermusafir seorang diri ke Usim untuk kumpulkan kawan-kawan. Maklum la..kan kovoi..hehe. Ramai tak dapat hadir disebabkan perkara yang tak dapat nak dielakkan. Yang hadir seramai 12 orang. Ramai la juga rasanya kan. Seronok betul dengan korang semua ni!!! Tak puas lagi lepak sama-sama.

Belakang: Fatimah, Najihah, Khalisah ( Junior), Khalijah,Jannah,Hidayah (saya), Suhailah, Al-Amin.
Depan: Nadzirah, Latif, Hamizan, Gharniah.














Surprise!!!

  " Gunakan umurmu sebaiknya,gunakan ilmu yang ada untuk bawa orang lain kenal Islam. Semakin meningkat umur semakin dekat dengan kematian." From my roomate/classmate Jeda.
  
  "happy birthday dayah..
semoga makin matang dalam mmbuat kptusan, mmbmbing adik2, jadi kakak yg baik dan pnyayg untuk adik2, serta anak yg taat pada Allah dan Rasul bgitu juga pada kedua ibu bapa."
From Marina Lestari.
  
    Celcom bagi bonus free sms/call ke Xpax selama seminggu tapi tak puas hati sebab family guna maxis. Tak tahu nak borak lama-lama dengan siapa..huhuhu..bonus yang membazir.
 
     Hari yang paling bahagia pernah sy rasakan selama berada di UIAM untuk 2 tahun. Sungguh TERHARU dengan surprise party yang kawan-kawan adakan tadi. Serius..tak pernah sambut birthday macam ni. Satu Blok E Halimah boleh dengar nyanyian " Happy birhday to you!! "..Seronoknya!!!!!

     Speechless, sampai tak tahu nak buat ucapan apa. Sebenarnya dalam hati sy menangis kegembiraan mempunyai sahabat,teman,kawan seperti anda semua. Tidak perlu untuk keluarkan air mata depan khalayak ramai kerana sifat malu amat tebal dalam diri ini. Ingin ucapkan sayang pun sangat berat. Biar Allah sahaja tahu betapa sayangnya sy kepada sahabat-sahabat.

     Jutaan terima kasih kepada family, sahabat SMALQ,sahabat Maahad Johor, sahabat UIAM dan kepada semua yang wish birthday sy. Semoga Allah memberkati anda semua. Semoga hari ini akan berulang pada masa akan datang.

                                

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu

Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia

Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa

Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka

Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dari Mata Turun ke Hati

         Subjek Usul Fiqh merupakan salah satu subjek yang sy suka sem ni. Lecturer pun best, happy go lucky, sentiasa senyum, katanya petua awet muda. Lepas ni kena murahkan senyuman sebab orang cakap muka sy serius. Anak sulung muka memang serius, matang kn? haha..

          Hari ni belajar pasal Istihsan. Istihsan  adalah beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui Qiyas jaliy kepada hukum yang dikeluarkan melalui Qiyas khafiy atau pengecualian satu-satu masalah juz’iyyah daripada kaedah yang berbentuk kulliy kerana terdapat dalil lain yang lebih disenangi oleh seseorang mujtahid untuk berbuat demikian.


       Salah satu bahagian Istihsan ialah pengecualian masalah juz'iyyah daripada kaedah umum:-
  1. Isthsan berdasarkan Al-quran
  2. Istihsan berdasarkanSunnah
  3. Istihsan berdasarkan Ijma'
  4. Istihsan berdasarkan Uruf
  5. Istihsan berdasarkan darurat
  6. Istihsan berdasarkan Maslahah 
     
      DARI MATA TURUN KE HATI... istilah ni termasuk dalam kategori Istihsan berdasarkan darurat : Diharuskan bagi doktor untuk melihat aurat orang yang sakit. Pada asalnya/umumnya melihat aurat yang bukan muhrim adalah haram bagi lelaki dan perempuan. Tetapi dikecualikan/dipindahkan pengharaman tersebut kepada harus apabila berada dalam keadaan darurat seperti sakit. Bayangkan.. boleh ke doktor nak rawat pesakit dengan tutup mata?

      Dari segi lain ada hikmah kenapa diharamkan melihat aurat perempuan..sebab dari MATA boleh turun ke HATI .Bila dah turun ke hati macam-macam boleh terjadi sama ada positif atau negatif ..Please lower your GAZE and cover your AURAT.

Sehari di Wonderland

Dari jam 9 pagi sehingga 2 petang kami sekeluarga berendam di Melaka Wonderland Theme Park. Seronok,sampai muka pun jadi gelap dan berbelang. Permainan di sini tak la mencabar seperti di Waterworld Afamosa tu. Mula-mula main memang rasa seram sikit je..jom tengok gambar !!














The End....