Subscribe:

Dari Mata Turun ke Hati

         Subjek Usul Fiqh merupakan salah satu subjek yang sy suka sem ni. Lecturer pun best, happy go lucky, sentiasa senyum, katanya petua awet muda. Lepas ni kena murahkan senyuman sebab orang cakap muka sy serius. Anak sulung muka memang serius, matang kn? haha..

          Hari ni belajar pasal Istihsan. Istihsan  adalah beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui Qiyas jaliy kepada hukum yang dikeluarkan melalui Qiyas khafiy atau pengecualian satu-satu masalah juz’iyyah daripada kaedah yang berbentuk kulliy kerana terdapat dalil lain yang lebih disenangi oleh seseorang mujtahid untuk berbuat demikian.


       Salah satu bahagian Istihsan ialah pengecualian masalah juz'iyyah daripada kaedah umum:-
  1. Isthsan berdasarkan Al-quran
  2. Istihsan berdasarkanSunnah
  3. Istihsan berdasarkan Ijma'
  4. Istihsan berdasarkan Uruf
  5. Istihsan berdasarkan darurat
  6. Istihsan berdasarkan Maslahah 
     
      DARI MATA TURUN KE HATI... istilah ni termasuk dalam kategori Istihsan berdasarkan darurat : Diharuskan bagi doktor untuk melihat aurat orang yang sakit. Pada asalnya/umumnya melihat aurat yang bukan muhrim adalah haram bagi lelaki dan perempuan. Tetapi dikecualikan/dipindahkan pengharaman tersebut kepada harus apabila berada dalam keadaan darurat seperti sakit. Bayangkan.. boleh ke doktor nak rawat pesakit dengan tutup mata?

      Dari segi lain ada hikmah kenapa diharamkan melihat aurat perempuan..sebab dari MATA boleh turun ke HATI .Bila dah turun ke hati macam-macam boleh terjadi sama ada positif atau negatif ..Please lower your GAZE and cover your AURAT.

0 Comment:

Post a Comment