" Gunakan umurmu sebaiknya,gunakan ilmu yang ada untuk bawa orang lain kenal Islam. Semakin meningkat umur semakin dekat dengan kematian." From my roomate/classmate Jeda.
Speechless, sampai tak tahu nak buat ucapan apa. Sebenarnya dalam hati sy menangis kegembiraan mempunyai sahabat,teman,kawan seperti anda semua. Tidak perlu untuk keluarkan air mata depan khalayak ramai kerana sifat malu amat tebal dalam diri ini. Ingin ucapkan sayang pun sangat berat. Biar Allah sahaja tahu betapa sayangnya sy kepada sahabat-sahabat.
Jutaan terima kasih kepada family, sahabat SMALQ,sahabat Maahad Johor, sahabat UIAM dan kepada semua yang wish birthday sy. Semoga Allah memberkati anda semua. Semoga hari ini akan berulang pada masa akan datang.
Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
1 Comment:
same2..hahaha....smg dirahmati Allah slalu..amin!
Post a Comment