Subscribe:

Surprise!!!

  " Gunakan umurmu sebaiknya,gunakan ilmu yang ada untuk bawa orang lain kenal Islam. Semakin meningkat umur semakin dekat dengan kematian." From my roomate/classmate Jeda.
  
  "happy birthday dayah..
semoga makin matang dalam mmbuat kptusan, mmbmbing adik2, jadi kakak yg baik dan pnyayg untuk adik2, serta anak yg taat pada Allah dan Rasul bgitu juga pada kedua ibu bapa."
From Marina Lestari.
  
    Celcom bagi bonus free sms/call ke Xpax selama seminggu tapi tak puas hati sebab family guna maxis. Tak tahu nak borak lama-lama dengan siapa..huhuhu..bonus yang membazir.
 
     Hari yang paling bahagia pernah sy rasakan selama berada di UIAM untuk 2 tahun. Sungguh TERHARU dengan surprise party yang kawan-kawan adakan tadi. Serius..tak pernah sambut birthday macam ni. Satu Blok E Halimah boleh dengar nyanyian " Happy birhday to you!! "..Seronoknya!!!!!

     Speechless, sampai tak tahu nak buat ucapan apa. Sebenarnya dalam hati sy menangis kegembiraan mempunyai sahabat,teman,kawan seperti anda semua. Tidak perlu untuk keluarkan air mata depan khalayak ramai kerana sifat malu amat tebal dalam diri ini. Ingin ucapkan sayang pun sangat berat. Biar Allah sahaja tahu betapa sayangnya sy kepada sahabat-sahabat.

     Jutaan terima kasih kepada family, sahabat SMALQ,sahabat Maahad Johor, sahabat UIAM dan kepada semua yang wish birthday sy. Semoga Allah memberkati anda semua. Semoga hari ini akan berulang pada masa akan datang.

                                

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu

Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia

Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa

Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka

Namun di akhirnya kita tetap bersama

1 Comment:

Mona DE Vinci said...

same2..hahaha....smg dirahmati Allah slalu..amin!

Post a Comment