Subscribe:

Surprise!!!

  " Gunakan umurmu sebaiknya,gunakan ilmu yang ada untuk bawa orang lain kenal Islam. Semakin meningkat umur semakin dekat dengan kematian." From my roomate/classmate Jeda.
  
  "happy birthday dayah..
semoga makin matang dalam mmbuat kptusan, mmbmbing adik2, jadi kakak yg baik dan pnyayg untuk adik2, serta anak yg taat pada Allah dan Rasul bgitu juga pada kedua ibu bapa."
From Marina Lestari.
  
    Celcom bagi bonus free sms/call ke Xpax selama seminggu tapi tak puas hati sebab family guna maxis. Tak tahu nak borak lama-lama dengan siapa..huhuhu..bonus yang membazir.
 
     Hari yang paling bahagia pernah sy rasakan selama berada di UIAM untuk 2 tahun. Sungguh TERHARU dengan surprise party yang kawan-kawan adakan tadi. Serius..tak pernah sambut birthday macam ni. Satu Blok E Halimah boleh dengar nyanyian " Happy birhday to you!! "..Seronoknya!!!!!

     Speechless, sampai tak tahu nak buat ucapan apa. Sebenarnya dalam hati sy menangis kegembiraan mempunyai sahabat,teman,kawan seperti anda semua. Tidak perlu untuk keluarkan air mata depan khalayak ramai kerana sifat malu amat tebal dalam diri ini. Ingin ucapkan sayang pun sangat berat. Biar Allah sahaja tahu betapa sayangnya sy kepada sahabat-sahabat.

     Jutaan terima kasih kepada family, sahabat SMALQ,sahabat Maahad Johor, sahabat UIAM dan kepada semua yang wish birthday sy. Semoga Allah memberkati anda semua. Semoga hari ini akan berulang pada masa akan datang.

                                

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu

Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia

Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa

Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka

Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dari Mata Turun ke Hati

         Subjek Usul Fiqh merupakan salah satu subjek yang sy suka sem ni. Lecturer pun best, happy go lucky, sentiasa senyum, katanya petua awet muda. Lepas ni kena murahkan senyuman sebab orang cakap muka sy serius. Anak sulung muka memang serius, matang kn? haha..

          Hari ni belajar pasal Istihsan. Istihsan  adalah beralih daripada hukum yang diistinbatkan melalui Qiyas jaliy kepada hukum yang dikeluarkan melalui Qiyas khafiy atau pengecualian satu-satu masalah juz’iyyah daripada kaedah yang berbentuk kulliy kerana terdapat dalil lain yang lebih disenangi oleh seseorang mujtahid untuk berbuat demikian.


       Salah satu bahagian Istihsan ialah pengecualian masalah juz'iyyah daripada kaedah umum:-
  1. Isthsan berdasarkan Al-quran
  2. Istihsan berdasarkanSunnah
  3. Istihsan berdasarkan Ijma'
  4. Istihsan berdasarkan Uruf
  5. Istihsan berdasarkan darurat
  6. Istihsan berdasarkan Maslahah 
     
      DARI MATA TURUN KE HATI... istilah ni termasuk dalam kategori Istihsan berdasarkan darurat : Diharuskan bagi doktor untuk melihat aurat orang yang sakit. Pada asalnya/umumnya melihat aurat yang bukan muhrim adalah haram bagi lelaki dan perempuan. Tetapi dikecualikan/dipindahkan pengharaman tersebut kepada harus apabila berada dalam keadaan darurat seperti sakit. Bayangkan.. boleh ke doktor nak rawat pesakit dengan tutup mata?

      Dari segi lain ada hikmah kenapa diharamkan melihat aurat perempuan..sebab dari MATA boleh turun ke HATI .Bila dah turun ke hati macam-macam boleh terjadi sama ada positif atau negatif ..Please lower your GAZE and cover your AURAT.

Sehari di Wonderland

Dari jam 9 pagi sehingga 2 petang kami sekeluarga berendam di Melaka Wonderland Theme Park. Seronok,sampai muka pun jadi gelap dan berbelang. Permainan di sini tak la mencabar seperti di Waterworld Afamosa tu. Mula-mula main memang rasa seram sikit je..jom tengok gambar !!














The End....

Ikan di laut asam di darat

The title of this post referred to a Malay proverb which overall read : Ikan di laut, asam di darat. Dalam belanga bertemu jua. I do not know of an English equivalence but the approximate meaning is that though two hearts may be far apart (figuratively, of different worlds), it is destiny that would make them meet one day and be joined in matrimony.

The other people always used that proverb when launching wedding ceremony such as :

Orang jauh berkirimkan surat
Berkali-kali dibaca jua
Ikan dilaut asam didarat
Dalam kuali bertemu jua
  

This proverb also made me think about "love". It had been a long time since I'm thinking deeply about it. I think..I'm starting to like someone but I'm not sure what is my true feeling towards him and what is his true feeling towards me. Sometimes he always kept in touch with me, sometimes he kept silent. Though I have a high expectation on him, I cannot put too much hope. Maybe for the time being we can describe our friendship like senior and junior. If we were meant together..Alhamdulillah..

Back to the title, I have had seen an advertisement by PETRONAS about Hari Raya. Two boys were sitting together as closes friend. While fishing at the river they sang :

Ikan dilaut asam di darat
Dalam periuk bikin muafakat

It describes friendship among the people. My friend said : True friends - Are they beside you whenever you have problems? If yes, there are true friends..If not, let's just you being their true friends..you're not gonna lose anything for it.Sometimes, it's better to face your problems alone.
I want to reply : Allah is always beside us and will never leave us alone. ^_^

Tersentuh Hati

          Tidak tahu nak mengadu kepada siapa, nak cerita kepada siapa, nak luahkan kepada siapa. Kalau nak mengadu kat orang,kasihan pula orang itu. Maklum la sy ni jenis orang yang tak sampai hati. Cepat rasa kasihan..tapi Allah kan ada..cerita je la kat dalam blog ni pun boleh juga.

       Masalah ni dah kerap kali berlaku,setiap semester pasti akan berulang. Umur dah 20 tahun ke atas, akal fikiran dah sempurna,dah mumayyiz pun..hehe. TAPI, tetap tidak faham juga. Atau sy yang perlu faham mereka? Mesti la kena saling memahami antara satu sama lain kan?

        " TIDAK MENEPATI MASA" . Inilah perkara yang paling sy tidak suka bila ada discussion. Setiap kali discuss mesti muka ni juga orang pertama sampai dan perlu MENUNGGU selama 1 jam ke atas. Tunggu dengan penuh kesabaran dan masih mampu lagi untuk tersenyum dengan muka yang manis. Untuk pertama kali memang boleh anggap LEWAT sebagai " small matter" tapi...kalau dah banyak kali memang musykilah kabirah...terasa muka ni macam dah kena cop dengan perkataan "MENUNGGU". Kalau tidak boleh datang awal bagitahu awal-awal, janji pukul 9 datang pukul 10.30. Ni la janji melayu. Tidak pernah AMANAH dengan masa. Mungkin sy perlu lagi meningkatkan tahap kesabaran di sini.

        " MEROKOK". Sudah terang lagi bersuluh " Tidak dibenarkan merokok dalam kampus". Kalau student memang dah selalu nampak. Tapi tadi lepas balik discussion, Pak Guard pintu belakang Mahallah Halimah dengan selamba merokok dalam bilik dan diperhatikan oleh student. Malu la sikit pak cik, jadilah tauladan yang baik terhadap anak-anak muda masa kini. Memang dalam al-quran tidak disebutkan secara khusus rokok itu haram tapi  segala yang memudaratkan kesihatan tubuh badan boleh dikira haram . Kalau belajar maqasid syariah mesti faham kenapa rokok tu haram. Seorang pensyarah usul fiqh cakap, hukum merokok memang haram sejak azali cuma cara Allah menerangkan haram di dalam al-quran umum dan memerlukan dalil-dalil lain untuk mengkhususkan hukum tersebut. Nak jelas lagi belajar fiqh..penat pula type.

           Muhasabah : Manusia memang selalu melakukan khilaf, termasuk la diri sendiri ni. Kita memang tidak boleh menjadi sempurna kerana kesempurnaan hanya pada Allah tapi kita boleh berusaha menjadi yang " TERBAIK" versi Boboi boy..ehehehe 

      

So Soon


Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I'm so grateful for every moment I spent with you
'Cause I know life won't last forever


You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on 'cause I know it's been too long
I've got to stop the tears, keep my faith and be strong
I'll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I'm so thankful for every memory I shared with you
'Cause I know this life is not forever


There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn't help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we'll return, ooh

By Maher Zain ( Forgive Me)
 
 
Lagu ni best!!

FAKTA YG MENGEJUTKAN

SEBAB-SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!!

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yang
punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca. hahahahahahahaha :-P
 
Sumber : Post dr Alif Ismail dalam IIUM ONLINE

Bila April Tiba

            Hari ini 1 APRIL 2012, cuti pertengahan semester dah habis. Jalan memang jem dan sesak sebab orang Cina sibuk sembahyang dekat kubur, bakar duit, bakar baju dan macam-macam la sehingga menyebabkan pencemaran alam.

            Bulan April memang bulan yang ditunggu-tunggu setiap tahun, bagi saya bulan ni terlalu la istimewa. Mood pun baik je. Hati senang..Insyaallah ^_^

            Nak tahu apa yang istimewa?
  1. Birthday Abah ( 20/04/1965)
  2. Birthday adik yang ke-4 (14/4)
  3. Birthday kembar ( 26/4)
  4. Birthday saya ( 30/4)
           5 daripada 9 orang ahli keluarga sy lahir pada bulan April. Ha..kena balik rumah la macam ni. Elak kena baling dengan tepung atau telur ni..hahaha.lari!!!!!!!!!!!!!!!!!!

          Eh..tak lupa juga 1 April ni ramai juga birthday kawan. Ni hadiah sy untuk Afham,Aidil (Al-Azhar) ,Hilmi (IPG)..comel kn3? hehe