Subscribe:

Kelebihan Solat Tarawih

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bin Abi Talib r.h. katanya bahawa telah ditanya oleh sahabat akan Rasulullah SAW tentang kelebihan tarawih pada malam-malam bulan Ramadhan. Di antara kelebihan yang dijelaskan adalah seperti berikut:

  • Malam Pertama - Keluar daripada dosanya pada malam itu seperti mana sewaktu dilahirkan oleh ibunya.
  • Malam ke-2 : Diampunkan dosa-dosanya serta dosa ibu bapanya
  • Malam ke-3 : Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kamu terus menerus sembahyang tarawih berikutnya semoga allah mengampunkan dosa-dosa kamu.
  • Malam ke-4 : Mendapat pahala seperti sebagaimana pahala orang yang membaca Taurat,Zabur,Injil dan Al-Quran.
  • Malam ke-5 : Diberi pahala sama seperti beribadah di Masjidil Haram,Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.
  • Malam ke-6 : Diberi pahala para malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu dan tanah mendoakan supaya diampunkan dosa-dosanya.
  • Malam ke-7 : Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa (as) serta menolong baginda menentang firaun.
  • Malam ke-8 : Dikurniakan pahala seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim.
  • Malam ke-9 : Seolah-olah dia menyembah Allah sebagaimana NAbi-nabi meyembah Allah.
  • Malam ke-10 : Dikurniakan kebaikan didunia dan diakhirat.
  • Malam ke-11 : Keluar dari dunia (mati) dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
  • Malam ke-12 : Datang dia pada hari akhirat dengan muka bercahaya (cahaya ibadah)
  • Malam ke-13 : Datang dia pada hari akhirat dalam aman sentosa daripada setiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam ke-14 : Datang para malaikat menyaksikan dia sembahyang tarawih serta tiada Allah menyesatkannya pada hari akhirat.
  • Malam ke-15 : Semua malaikat menanggung Arasy dan Kursy berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan orang yang bersembahyang tarawih.
  • Malam ke-16 : Ditulis baginya lepas dari neraka dan dimasukkan ke syurga.
  • Malam ke-17 : Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi.
  • Malam ke-18 : Diseru malaikat : "Wahai hamba Allah,sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibu bapa kamu (yang masih hidup atau telah mati)."
  • Malam ke-19 : Ditingkatkan serta ditinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
  • Malam ke-20 : Diberi pahala seperti mereka yang mati syahid dan orang-orang solohin.
  • Malam ke-21 : Dibinakan sebuah istana di dalam Syurga daripada nur.
  • Malam ke-22 : Datang dia pada hari akhirat, aman dari dukacita dan kerisauan.
  • Malam ke-23 : Dibina baginya sebuah bandar di dalam syurga.
  • Malam ke-24 : Dibuka peluang berdoa sebanyak 24x yang sangat mustajab (elok sekali berdoa ketika sujud).
  • Malam ke-25 : Dihapuskan baginya seksaan kubur.
  • Malam ke-26 : Diberikan pahala ibadah 40 tahun.
  • Malam ke-27 : Melintas titian Sirat pada hari akhirat seperti kilat menyambar.
  • Malam ke-28 : Diangkat 1000 darjat diakhirat.
  • Malam ke-29 : Dikurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.
  • Malam ke-30 : Dipersilakan oleh Allah di akhirat : Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buahan yang engkau hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabil serta minumlah air daripada telaga Nabi yang bernama Kauthar. Aku adalah Tuhanmu dan kamu adalah hamba-Ku.


Sumber : 101 solat sunat berserta wirid & doa selepas solat-Nurudeen Al Haitame

Siapa Albus Severus Potter ??

Albus Severus Potter gabungan dari 3 orang yang hebat dan handal di Hogwarts iaitu Albus Dumbeldore,Severus Snape, Harry Potter..pendek cerita Albus Severus Potter ni anak Harry Potter laa..haha..


Semua episode Harry Potter memang sy tak pernah miss pun, tak tahu la macam mana boleh minat. Sebelum tengok Deathly Hallows Part 2 ada juga orang cakap yang Harry Potter mati. Ish!! tak boleh la macam tu kan, hero/orang baik mesti la hidup..orang jahat kena mati. Ok, ni pendapat orang sebelum cerita ni keluar di pawagam. Siapa dah baca novel, mesti dah tau dulu kan, tapi, novel-novel ni susah sikit la nak istiqamah...hehe..that's why suka tengok movie je..hehe..

Memang tak disangka Deathly Hallows Part 2 best sangatttt!! Siapa peminat Harry Potter jangan lupa saksikan movie yang terakhir ni, lawak,sedih,happy pun ada..ending HP memang puas hati laa..

Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2

Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1

Harry Potter And The Half  Blood of Prince

Harry Potter And The Order of The Phoenix

Harry Potter And The Goblet of Fire

Harry Potter And The Prisoner of Azakaban

Harry Potter And The Chamber of Secret



Harry Potter And The Sorcerer's Stone



Haa..lengkap ada 8 movie semuanya kan..Sebenarnya kan..Prof. Snape adalah orang yang paling sayangkan Harry.. 

Main masak-masak

Acctually dah lama tak update blog..alasannya, sibuk dengan final exam dan renovate balik blog ni. Letih jugak la nak renovate blog ni..mcm sepah cakap...haaaa..semput!! hahahaha..

Cuti sem ni nak try masak yang sedap-sedap, hari tu dah try "NASI AYAM PENYEK"..kali ni nak try "NASI KUKUS AYAM DARA"..search punya search *bkn amy search* jumpa la 1 resepi ni disini :

Bahan-bahan untuk nasi:
2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara menyediakan:
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak.


Bahan-bahan untuk ayam:
1 ekor ayam
3 s/b rempah kari daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
6 inci halia dikisar
3 batang serai dikisar
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing. 


Bahan-bahan untuk sambal belacan:
5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
Garam
2 biji limau nipis

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.


wah...nampak mcm sedap..jom try buat