- Malam Pertama - Keluar daripada dosanya pada malam itu seperti mana sewaktu dilahirkan oleh ibunya.
- Malam ke-2 : Diampunkan dosa-dosanya serta dosa ibu bapanya
- Malam ke-3 : Berseru malaikat di bawah Arasy supaya kamu terus menerus sembahyang tarawih berikutnya semoga allah mengampunkan dosa-dosa kamu.
- Malam ke-4 : Mendapat pahala seperti sebagaimana pahala orang yang membaca Taurat,Zabur,Injil dan Al-Quran.
- Malam ke-5 : Diberi pahala sama seperti beribadah di Masjidil Haram,Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa.
- Malam ke-6 : Diberi pahala para malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf) serta setiap batu dan tanah mendoakan supaya diampunkan dosa-dosanya.
- Malam ke-7 : Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa (as) serta menolong baginda menentang firaun.
- Malam ke-8 : Dikurniakan pahala seperti yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim.
- Malam ke-9 : Seolah-olah dia menyembah Allah sebagaimana NAbi-nabi meyembah Allah.
- Malam ke-10 : Dikurniakan kebaikan didunia dan diakhirat.
- Malam ke-11 : Keluar dari dunia (mati) dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
- Malam ke-12 : Datang dia pada hari akhirat dengan muka bercahaya (cahaya ibadah)
- Malam ke-13 : Datang dia pada hari akhirat dalam aman sentosa daripada setiap kejahatan dan keburukan.
- Malam ke-14 : Datang para malaikat menyaksikan dia sembahyang tarawih serta tiada Allah menyesatkannya pada hari akhirat.
- Malam ke-15 : Semua malaikat menanggung Arasy dan Kursy berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan orang yang bersembahyang tarawih.
- Malam ke-16 : Ditulis baginya lepas dari neraka dan dimasukkan ke syurga.
- Malam ke-17 : Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi.
- Malam ke-18 : Diseru malaikat : "Wahai hamba Allah,sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibu bapa kamu (yang masih hidup atau telah mati)."
- Malam ke-19 : Ditingkatkan serta ditinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
- Malam ke-20 : Diberi pahala seperti mereka yang mati syahid dan orang-orang solohin.
- Malam ke-21 : Dibinakan sebuah istana di dalam Syurga daripada nur.
- Malam ke-22 : Datang dia pada hari akhirat, aman dari dukacita dan kerisauan.
- Malam ke-23 : Dibina baginya sebuah bandar di dalam syurga.
- Malam ke-24 : Dibuka peluang berdoa sebanyak 24x yang sangat mustajab (elok sekali berdoa ketika sujud).
- Malam ke-25 : Dihapuskan baginya seksaan kubur.
- Malam ke-26 : Diberikan pahala ibadah 40 tahun.
- Malam ke-27 : Melintas titian Sirat pada hari akhirat seperti kilat menyambar.
- Malam ke-28 : Diangkat 1000 darjat diakhirat.
- Malam ke-29 : Dikurniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.
- Malam ke-30 : Dipersilakan oleh Allah di akhirat : Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buahan yang engkau hendak makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabil serta minumlah air daripada telaga Nabi yang bernama Kauthar. Aku adalah Tuhanmu dan kamu adalah hamba-Ku.
Sumber : 101 solat sunat berserta wirid & doa selepas solat-Nurudeen Al Haitame
0 Comment:
Post a Comment