بسم الله الرحمن الرحيم
Tip usaha mencari jodoh bagi kaum wanita. Ya, wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya?
- Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah' yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan yang tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya,serahkanlah 'kesediaan hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
- Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik,mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu mudah untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki ( hanya dengan sedikit godaan berupa SMS,call,puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.
- Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka,saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.
- Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan,pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda dimatanya.
- Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.
- Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik,mintalah dia merisik dengan cara yang lebih yang mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa,bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oelh Rasulullah S.A.W.
- Ada sedikit nasihat dan anda mungkin dah baca pada entry yg dahulu..klik disini : ungkapan indah buatmu
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sumber : Denyut Kasih Medik .
5 Comment:
nice entry for me.....hikhikhik
me too..(^_^)
of kos u r,,,
kaum hawa kan,,
hehehe
na'am..hehe
aumm aumm,,huhu
Post a Comment