Panggilan " Abah " merupakan panggilan utk ayah sy. Kenapa panggil "ABAH" ye? Sebab dah dididik dan diajar dari kecil panggil macam tu la..hehe. Abah merupakan seorang insan yang sukar untuk aku berkongsi cerita yang macam-macam, tidak seperti MAK, semua benda sy cerita. Mungkin sebab perempuan saling memahami isi hati antara satu sama lain. So, dekat Abah ni selalu cerita perkara yang boleh buat dia gembira dan bangga dengan Anak Sulung perempuannya ni..haha..
|
Kubota yang banyak berjasa |
Lelaki menggalas tanggungjawab yang berat, maka tidak hairanlah kalau Abah agak sedikit dingin. Along faham, Abah kerja berat. Sepanjang 20 tahun dikurniakan kesihatan yang baik, makan minum yang cukup, pakaian dan pelajaran yang baik, I'm proud to be your daughter ABAH!
|
Berat tau mesin yang abah pikul nih.. |
Siapa tahu seorang pesawah/petani mampu menyara seorang isteri dan 7 orang anak yang comel-comel dan kacak dengan kerja kampung sahaja. Kagum kan? Itulah rezeki dari Allah Ta'ala yang patut kita syukuri. Abah mampu menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat pengajian tinggi dengan hasil titik peluhnya. Membanting tulang pagi dan petang untuk mendapatkan rezeki yang halal disisi Allah, barakallahufik ya walid. Yang paling best, dapat makan berasa hasil titik peluh Abah, beras kat kedai tak fresh..lain rasanya..
|
Sarah jadi model kaktus, anak bongsu.. |
Mungkin diluar sana masih ada lagi insan yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Anggaplah itu salah satu ujian terhadap hamba-hambanya. Namun, bukan senang untuk mencapai kesenangan yang kami sekeluarga miliki sehingga hari ini. Dari kecil hingga dewasa, ku melihat dengan mata sendiri bagaimana Abah bekerja, mengambil upah meracun, menyawit, menguruskan sawah pagi dan petang, menjala ikan dan macam-macam lagi. Setiap kali pulang dari bekerja baju Abah mesti comot dengan lumpur-lumpur dan kotoran, kasut boot warna kuning jadi tidak cantik sebab mengharungi lumpur dan lopak air.
|
Setiap titik peluh sama seperti sebiji beras.. |
|
Rumahku syurgaku... |
Itulah lelaki, sangat menakjubkan kerana boleh buat banyak kerja dalam 1 masa. Perkataan "SAYANG" memang amat sukar untuk dilafazkan sendiri terhadap orang yang kita sayang. Kalau bercerita kat orang lain boleh la cakap yang " saya sayang ABAH sy " tapi kalau nak cakap sendiri dengan Abah memang susah termasuklah dengan MAK sekali..hehe..*because I'm very shy person* Tapi kat blog ni boleh la sy confess kn? I Love my PARENTS!!
|
Ala..x tau nama sbenar jentera ni, orang panggil bajak badai ,get ready utk membadai sawah !! |
|
Burung terkukur |
Sebenarnya, jauh disudut hati ada keinginan untuk menyambung MASTER (di Jordan) selepas DEGREE, tapi kn...bila fikir-fikir semula, lebih baik kerja dulu selepas grad nanti. Bukannya apa, sampai bila sy perlu tengok Abah kerja berat-berat, membanting tulang pagi petang . Tak sampai hati tengok semua tu. Biar la Along pula yang menyara adik-adik. Insyaallah ada keberkatan disebalik niat yang baik. Teringat semasa keputusan STAM diumumkan, ku berkata begini kepada Abah
Hidayah : Abah, Dayah dapat MUMTAZ dalam STAM !!
Abah: Alhamdulillah, bagus la macam tu. HILANG PENAT ABAH BEKERJA.
|
Menabur benih padi, Firdaus pikul benih. Faris sibuk mengacau..haha |
|
Sesi mengajar bagaimana utk memandu kubota.. |
I'm proud to be your daughter , ABAH!!
2 Comment:
the saddest part i've ever read..but i still can hold my eyedrop ma,..haha..keep trying sis..
haha..askar x bole menangis..jiwa kental!! bahagia x kn dtg kalau x rasa ssh dlu..tq my senior!!! hehe
Post a Comment