Seringkali kita keliru maksud dua perkataan ini
1. Mahram
2. Muhrim
Beberapa dialog perbualan juga tersalah guna dua perkataan ini seperti " Eh, tak boleh salam dengan sepupu lelaki sebab dia bukan muhrim".
Yang betulnya begini "Eh, tak boleh salam dengan sepupu lelaki sebab dia bukan mahram".
Hmm..confuse-confuse
Apakah perbezaan mahram dan muhrim?
Muhrim
Orang yang sedang melakukan ihram haji atau umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab fiqh.
Mahram
Orang yang ada pertalian darah dengan kita atau haram dikahwini seperti adik kita, ibu bapa kita, emak mertua kita dan lain-lain. Maksudnya di sini, mahram ni orang yang jika kita tersentuh kulit sekalipun, tidak akan membatalkan wudhu' kita, tidak berdosa jika bersalaman.
12 Comment:
terima kasih atas pencerahan maklong dayah
Suami isteri tu Kira mahram atau bukan mahram ye ..
ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo maseh wakkk
Kalau adik sepupu pegang tangan kakak sedara boleh ke..haram ke?
Kiranya kalau kafir.. itu bukan mahram la kan
Apa hukumnya diam sebumbung dengan lelaki yang tiada kaitan pertalian dengan kita disebabkan kakak angkat ada menjaga anak buah dia dan bawa duduk dlm satu rumah.
Kalau sepupu dikira haram sebab sah nikah
Suami isteri ni sebelum kahwin dikira bukan mahram tetapi setelah diijabkabulkan maka mereka sah apa2 je kalau bersentuhan kulit dan lain2 kira tidak berdosa cuma batal air sembahyang je sebab tiada apa-apa pertalian darah
setakat ni, plg mudah untuk saya paham . terimakasih ilmunya
boleh ker sepupu pertama kawin dgn spupu pertama juga ??keliru sya
Asalkan diorang bukan adik beradik.
Assalamualaikum..Sy NK tanye..ade Satu pasangan suami isteri..diorg amik sorang ank angkat perempuan..di sebabkan Bukan mahram..diorg meminta ank saudara suami tu Susu Kan ank angkat diorg ( 6x kenyang)..soalan Sy..status ank angkat tu dengan ayah angkat dia macm.mne? N dgn adik beradik lelaki ayah angkat tu?? Adakah diorg mahram atau pon TIDAK?
Post a Comment