Subscribe:

Yang Terindah

Assalamualaikum..

1 syawal 1433H disambut meriah oleh kami sekeluarga. Tahun ni semua ahli keluarga ada dan bertambah seorang lagi, Acik Hassan yang turut menyambut syawal pertama bersama kami sekeluarga. Tema tahun ni warna hijau. Tak kisah la hijau apa pun. Semua nampak comel je..hehe






Kemudian,sibuk pula  dengan program Rehlah Aidilfitri. Untuk sahabat-sahabat Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran. Saat ni memang indah, sekejap sahaja kita semua dapat berjumpa. Terharu dan gembira kerana ada beberapa sahabat yang sudah 8 tahun tidak jumpa dan kami berjumpa kembali di Rehlah Aidilfitri. Semoga ukhuwah kita berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dalam kesibukan, rindu terhadap anda semua sentiasa terbuku di hati.  ^_^












Tidak lupa juga buat teman-teman yang sudi menghadirkan ke rumah sy. Cuma kenal Afham sorang je. Yang lain daripada tak kenal, jadi kenal. Memang tak sangka sampai juga ke Kampung Telok Rimba yang terpencil ni. Walaupun terpencil tapi indah dengan sawah padi dan suasana kampung. Lain kali datang la lagi ye. Boleh ambil gambar banyak-banyak.





Sumber : Fb Syahid Sanusi


Hanya seminggu beraya di kampung. Ohhh!!! memang tidak puas beraya lagi. Namun tugas di UIAM harus dilaksanakan. Sebagai komiti Taaruf Week IIUM, tugas yang perlu dilaksanakan adalah menolong STADD untuk menguruskan pelajar baru. Ditugaskan sebagai biro "Special Task" yang diketuai oleh Mohd Khalid (BABA) dan Aziah (MAMA). Sebelum melakukan tugasan, kami perlu mengikuti Induction Course di Tanjung Karang, Selangor. Pelbagai aktiviti diadakan seperti menangkap belut, kacau dodol, berkayak dan banyak lagi. Sangat seronok bekerjasama dengan anda semua. Inilah program besar yang memberikan banyak pengalaman kepada kami hatta hubungan kami MESRA seperti sebuah keluarga.






Committees Special Task Taaruf Week 2012/2012


Tidak lupa juga dengan CONVEST 12 sebagai sponsorship. Agak susah untuk mencari sponsor . Namun, itulah pengalaman...Good Luck Convest!!!

Akhir sekali..nak mintak maaf kepada kawan-kawan yang hantar hantar mesej tapi tak berbalas, ada yang call nak borak lama-lama tapi sekejap je dapat. I'm so sorry!!!! Masa tu sibuk dengan program, sekarang ni dah lapang sikit, kalau ade credit akan berbalas la mesej yang di beri (^_^)

2 Comment:

Mohamad Afham said...

da gak gmbr geng sy..ha2

Nurhidayah said...

gambar tu cantik la. Lg2 yg mse korg berempat tgh jln atas sawah padi :)

Post a Comment