Subscribe:

Dua Golongan yang Akan Menjadi Penghuni Neraka

Assalamua'alaikum..Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan untuk berbicara di blog kesayanganku ini (^_^). Sebenarnya ada sebuah hadis yang ingin sy kongsikan bersama anda semua. Mungkin ada diantara anda semua telah mengetahui, dan ma'aruf. Tetapi,hadis ini amat penting bagi umat akhir zaman.


Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada DUA golongan yang akan menjadi penghuni NERAKA yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (PENGUASA) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk MEMUKUL orang. Kedua, PEREMPUAN yang BERPAKAIAN tetapi BERTELANJANG, berlenggang lenggok waktu berjalan , menghayun-hayunkan bahu. KEPALA mereka (SANGGUL di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini TIDAK akan masuk SYURGA dan tidak akan dapat MENCIUM bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat JAUH daripadanya".H.R. Muslim













Wujud sebahagian daripada telah mengetahui tetapi masih lagi mengamalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W.  Ada juga yang ingin menerima kebenaran tetapi dalam masa yang sama melakukan kemungkaran. Sama-samalah kita bermuhasabah diri dan mengikut laluan sirat al-mustaqim. 

0 Comment:

Post a Comment