"Sebuah novel yang menceritakan tentang pengalaman seorang pemuda yang mencari penawar untuk menyembuhkan penyakitnya. Sehinggakan dia tersasar daripada agama dengan berjumpa bomoh dan pengamal perubatan yang tidak masuk akal. Lebih malang lagi, dalam masa yang sama pemuda ini telah tersilap langkah dalam percintaan yang bertuhankan kecantikan sehingga akhirnya dia menanggung kekecewaan akibatnya. Saksikan pengalaman menarik beliau sehinggalah beliau menemui jalan dan cinta yang sejati. "- hasil karya Dr Farhan Hadi.
Ramai yang salah faham bila update status facebook " Kutemui Cinta-Nya". Sebenarnya hanya sebuah novel nipis je. Novel tebal-tebal tak larat nak baca dan kurang berminat. Baru je baca sampai m/s 25, belum khatam lagi. Sebelum ni layan "Denyut Kasih Medik" yang sarat dengan informasi fiqh perubatan seperti ubat-ubatan yang digunakan pada masa sekarang adakah kandungan didalamnya halal atau haram? Kaedah penggunaan ubat-ubatan terhadap orang Islam dan bukan Islam dan banyak lagi .
Karya Dr Farhan Hadi menarik minat sy kerana beliau banyak mengarang mengenai FIQH PERUBATAN yang berhubung kait dengan kehidupan dan fenomena manusia pada masa sekarang.Tambahan, dulu ada cita-cita nak jadi doktor tapi tak kesampaian, sebab tu minat dengan perubatan dan ada kaitan pula dengan Fiqh..memang enjoy la baca novel Dr Farhan ni. ^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment:
Post a Comment