Subscribe:

Senangnya Dalam Hati

         Indahnya suasana kita dihari ini ceria,bersama bermesra!!..Mentang-mentang la UNIC baru datang UIA, bernasyid je la..hehe

          Alhamdulillah senangnya dalam hati kerana hari ini merupakan hari yang gembira buat diri sendiri,bagaimana pula dengan anda? Ingat, kegembiraan tidak kekal selamanya begitu juga dengan kesedihan kn? (peringatan untuk diri sendiri juga) Ok, nak cerita sikit kenapa hari ni rasa special sangat..bermula dari pagi..
  1. Ada orang bagi hadiah coklat durian. Ingatkan durian yang betul-betul,nasib baik coklat je, senang sikit nak bawa. Coklat ni pun salah satu penyelesaian kepada masalah memilih coklat masa Halal Fair..dapat juga coklat, dah lama tak ada orang bagi coklat, macam sayang nak makan..haha
  2. Selesai dengan declaration minor, Head Department lambat sangat nak sign, last2 kakak kat department cakap nanti dia akan hantarkan kat G.O. Senang, sy tak payah nak pergi G.O yang sentiasa sibuk tu.
  3. Selesai hutang PTPTN sebanyak RM 11250, dua kali bayar. Terima kasih kepada LOAN ( Mak&Abah) . Lebih baik berhutang dengan mak abah daripada hutang dengan PTPTN, sebab semakin lama berhutang semakin meningkat hutang .
  4. Pengurusan kewangan masa depan. Melabur saham untuk jangka masa yang lama. Ni kena bersabar sikit,bila dah grad nanti Insyaallah ada hasil. Tapi ingat!! Jangan tamak kerana orang yang tamak selalu rugi. 
  5. Hari ni 1 sen pun tak keluar duit, ada orang belanja makan..Alhamdulillah,jimat sikit.
  6. Adik telefon " Kak Long bila nak balik? Rindu la.." Senyum lebar bila dengar adik cakap macam tu, kalau duduk kat rumah hobi memang bergaduh je la..bila dah jauh RINDU!! Tuai padi antara masak,esok jangan layu-layuan,intai kami antara nampak,esok jgn rindu-rinduan..^_^
  Sekian untuk kisah " Senangnya dalam hati " 

3 Comment:

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Waah bagus selesaikan hutang PTPTN awal-awal. Tapi den dah terlajak sudah. Kena la bayar full bila dah habis belajar nanti. Adeh.

Nurhidayah said...

awak cuba dpt kn 1st class degree..trus jd biasiswa ^_^

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Wahh Insyaallah. =)

Post a Comment