Subscribe:

Bukan Muhrim atau Bukan Mahram?

Seringkali kita keliru maksud dua perkataan ini

1. Mahram
2. Muhrim

Beberapa dialog perbualan juga tersalah guna dua perkataan ini seperti " Eh, tak boleh salam dengan sepupu lelaki sebab dia bukan muhrim".

Yang betulnya begini "Eh, tak boleh salam dengan sepupu lelaki sebab dia bukan mahram".

Hmm..confuse-confuse
Apakah perbezaan mahram dan muhrim?



Muhrim
Orang yang sedang melakukan ihram haji atau umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak diperkatakan di dalam kitab-kitab fiqh.

Mahram
Orang yang ada pertalian darah dengan kita atau haram dikahwini seperti adik kita, ibu bapa kita, emak mertua kita dan lain-lain. Maksudnya di sini, mahram ni orang yang jika kita tersentuh kulit sekalipun, tidak akan membatalkan wudhu' kita, tidak berdosa jika bersalaman.

1 Comment:

9W2JMW said...

terima kasih atas pencerahan maklong dayah

Post a Comment