Subscribe:

Birrul Walidaini

Birrul Walidaini   (   برّ الوالدين    ) bermaksud berbuat baik kepada ibu bapa. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah dan tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh insan yang bergelar "anak" tanpa mengira ibu bapanya itu beriman ataupun sebaliknya.

Renungi ayat-ayat ini...

  • Maksud Surah Al-Israa ayat 23-25 :

    Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

    Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

    Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.

  • Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah amalan yang disukai oleh Allah Ta'ala. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dalam sahih bukhari daripada Abdullah, katanya :
    "Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."
     
  • Kita mempunyai ibu bapa dam kita patut bersyukur kepada mereka. Dengan adanya mereka kita lahir kedunia dan mngenal segala isinya, malah dengan jasa mereka kita dapat kenikmatan yang melimpah ruah.

    "Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu, hanya kepada-Ku kamu kembali." (Luqman:14)
     
  • Perbuatan derhaka dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar.

    Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)

    Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang kuat beribadat, tetapi apabila di saat kematiannya dia tidak dapat mengucap syahadah kerana perbuatannya menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cinta kepada isterinya.Melihat keadaannya yang nazak, Nabi mengancam untuk membakarnya, tetapi apabila ibunya datang dan memaafkannya, azab yang menimpa Alqamah berakhir.Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.

  • Hayatilah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

    "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)
    
 

Video ini mengisahkan perintah Allah supaya berbuat baik kepada ibu bapa.

 P/S : Video tu dalam bahasa arab. Jadi..beruntunglah siapa yang tahu dan faham bahasa  arab ^-^ Happy Father's Day....semoga kita semua tergolong dalam kalangan anak-anak yang soleh dan solehah.

1 Comment:

Post a Comment