Tidak tahu nak mengadu kepada siapa, nak cerita kepada siapa, nak luahkan kepada siapa. Kalau nak mengadu kat orang,kasihan pula orang itu. Maklum la sy ni jenis orang yang tak sampai hati. Cepat rasa kasihan..tapi Allah kan ada..cerita je la kat dalam blog ni pun boleh juga.
Masalah ni dah kerap kali berlaku,setiap semester pasti akan berulang. Umur dah 20 tahun ke atas, akal fikiran dah sempurna,dah mumayyiz pun..hehe. TAPI, tetap tidak faham juga. Atau sy yang perlu faham mereka? Mesti la kena saling memahami antara satu sama lain kan?
" TIDAK MENEPATI MASA" . Inilah perkara yang paling sy tidak suka bila ada discussion. Setiap kali discuss mesti muka ni juga orang pertama sampai dan perlu MENUNGGU selama 1 jam ke atas. Tunggu dengan penuh kesabaran dan masih mampu lagi untuk tersenyum dengan muka yang manis. Untuk pertama kali memang boleh anggap LEWAT sebagai " small matter" tapi...kalau dah banyak kali memang musykilah kabirah...terasa muka ni macam dah kena cop dengan perkataan "MENUNGGU". Kalau tidak boleh datang awal bagitahu awal-awal, janji pukul 9 datang pukul 10.30. Ni la janji melayu. Tidak pernah AMANAH dengan masa. Mungkin sy perlu lagi meningkatkan tahap kesabaran di sini.
" MEROKOK". Sudah terang lagi bersuluh " Tidak dibenarkan merokok dalam kampus". Kalau student memang dah selalu nampak. Tapi tadi lepas balik discussion, Pak Guard pintu belakang Mahallah Halimah dengan selamba merokok dalam bilik dan diperhatikan oleh student. Malu la sikit pak cik, jadilah tauladan yang baik terhadap anak-anak muda masa kini. Memang dalam al-quran tidak disebutkan secara khusus rokok itu haram tapi segala yang memudaratkan kesihatan tubuh badan boleh dikira haram . Kalau belajar maqasid syariah mesti faham kenapa rokok tu haram. Seorang pensyarah usul fiqh cakap, hukum merokok memang haram sejak azali cuma cara Allah menerangkan haram di dalam al-quran umum dan memerlukan dalil-dalil lain untuk mengkhususkan hukum tersebut. Nak jelas lagi belajar fiqh..penat pula type.
Muhasabah : Manusia memang selalu melakukan khilaf, termasuk la diri sendiri ni. Kita memang tidak boleh menjadi sempurna kerana kesempurnaan hanya pada Allah tapi kita boleh berusaha menjadi yang " TERBAIK" versi Boboi boy..ehehehe
2 Comment:
luahkan pada-Nya. yang Maha Mendengar. tak pun, luahkan kat IIUM Online. haha
btul tu Cik Azlina..tp kt IIUM Online kecoh nt,bnyk sgt notification kt fb..hahaha
Post a Comment